Salam..in progress to open up a shisha business. Come and support us http://www.facebook.com/pages/Shisha-Cloud/246106302112080
TQ
Monday, November 14, 2011
Friday, November 4, 2011
ADA APA PADA FESTIVAL SEKSUALITI MERDEKA ?
quote from mynewshub
KUALA LUMPUR – Tentu ramai yang tertanya-tanya mengenai Festival Seksualiti 2011 yang sedang hangat diperkatakan sekarang ekoran ia dianjurkan untuk memperjuangkan golongan ‘lesbian, gay, transgender dan bi-seksual’ (LGBT) di negara ini.
Festival ini mendapat perhatian ramai setelah beberapa pertubuhan Melayu dan Islam tampil mengkritik penganjurannya yang dikatakan tidak bermoral, menjijikkan, tidak selaras dengan sebuah negara Islam dan mampu mencetus kontroversi yang mengancam keselamatan negara.
Antara yang menentang festival berkenaan ialah Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA), bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin, Gabungan NGO Malaysia (GNM), Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia dan banyak lagi.
Bagaimanapun, beberapa NGO lain tampil menyokong festival berkenaan malah bertindak sebagai penganjur program kontroversi tersebut.
Antara NGO yang terlibat secara langsung dengan festival itu adalah Majlis Peguam Malaysia, Amnesty International Malaysia, KL Word, Justice For Sister, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM, Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS), Tenaganita dan EMPOWER.
Apa sebenarnya yang ada di dalam festival tersebut sehingga ia menjadi topik perdebatan hangat di kalangan rakyat negara ini?
Festival yang bertemakan “Queer Without Fear” itu diadakan bertujuan untuk mencari mekanisma terbaik bagi menyuarakan hak asasi kemanusiaan bagi golongan LGBT di negara ini, terutamanya mendapatkan hak pengiktirafan hak tersebut dari kerajaan.
Menurut laman web rasmi festival tersebut, www.seksualitimerdeka.org, program itu diadakan bermula pada 1 November sehingga 13 November bertempat di Galeri Annexxe, di sini.
Pelancaran program tersebut akan disempurnakan oleh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan pada 9 November ini dilokasi yang sama.
Antara aktiviti yang bakal berlangsung di festival tersebut ialah pameran poster, pengakuan kabaret, mini konsert Rainbow Massacre, pelancaran buku, perbicaraan olok-olok, bengkel dan banyak lagi.
Pameran poster yang berkonsepkan mesra LGBT itu akan memaparkan beberapa poster bermotifkan persamaan hak asasi golongan ‘luar tabii’ tersebut, hasil karya artis seperti Fahmi Reza, Shahril Nizam, Donald Abraham, Sheiko, Bibi Chun dan ramai lagi.
Sesi Pengakuan Kabaret pula menampilkan beberapa selebriti seperti Alfian Sa’at, Gyorgy Furioso, dan Pang Khee Teik yang akan berkongsi pengakuan mengenai kehidupan seksualiti mereka secara terperinci dengan pengunjung majlis berkenaan.
Selain itu, pada 11, 12, dan 13 November pula akan diadakan mini konsert,“Love Out Loud”, dimana akan mempersembahkan nyanyian ‘lagu rasmi’ golongan LGBT yang akan disampaikan oleh beberapa penyanyi tempatan dan diserikan dengan kemunculan diva-diva pondan.
Sementara itu, sebuah perbicaraan olok-olok pula akan diadakan dengan kerjasama Majlis Peguam, Pusat Rakyat LoyarBurok dan Kempen MyConstitution, di mana ia akan mengisahkan perbicaraan kes berkenaan LGBT dan Kementerian ‘Kawalan Populasi’.
Kemudian, pada hari terakhir festival berkenaan, 13 November, akan diadakan bengkel “Fierce & Fabulous: Shelah’s Finishing School for Drag Queen” yang akan mengajar cara-cara untuk menjadi Ratu Makyah, yang akan disampaikan sendiri oleh bintang maknyah terkenal, Shelah.
Festival khas untuk LGBT itu juga akan menganjurkan forum terbuka kepada umum bertajuk ‘Hak Asasi Manusia Untuk LGBTIQ: Jadikannya kenyataan di Malaysia!’ yang telah berlangsung semalam dan malam ini pula bertajuk ‘Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti Di Tempat Kerja’.
Manakala pada 5 November ini pula akan diadakan konsert amal, “Justice For Sisters: Nyah Rights Now!” yang dijangka bakal mencetus kontroversi di mana tujuannya diadakan untuk memperjuangkan hak golongan maknyah dari sudut perundangan negara.
Sejak merdeka, kerajaan berpendirian untuk tidak mengiktiraf hak golongan LGBT, manakala Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya sebelum ini dengan beberapa media asing berkaitan hal tersebut, menyokong perjuangan golongan itu dengan alasan hak asasi kemanusiaan.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Hak Asasi Gay dan Lesbian Antarabangsa (IGLHRC) di dalam artikelnya yang bertajuk “Malaysia: In This Country, An Accusation of Sodomy Is Defamation of Character”, menggesa agar seluruh golongan LGBT di negara ini menyokong dan memperjuangkan Anwar. –Mynewshub.my
Subscribe to:
Posts (Atom)