Thursday, April 18, 2013

Konservasi Gunung Irau

Assalamualaikum dan salam sejahtera  sekalian. Kali ni aku nak cerita lagi pasal hiking trip aku pada weekend lepas. Beza nya kali ni trip hiking ni aku join group BCA (Budak Cap Ayam) untuk wat konservasi alam ataupun dalam bahasa yang senangnya ialah kutip sampah. Gunung yang menjadi pilihan dihati kali ialah Gunung Irau, Brinchang.

Tepat jam 9.30 pagi misi kami yang diketuai Encik Naz bermula setelah sedikit taklimat ringkas dan sesi warm-up. Encik Naz kita telah memberi petua yang amat berguna sekali kepada kira2 20 orang pengikut untuk memijak akar kayu daripada memijak tanah kerana dek tanah yang lembik kalau dalam bahasa utaranya disebut sebagai tanah yui. Tanah jenis ni kalau silap pijak boleh tertanam separas pinggang.. Hehehe.. So diingatkan sekali lagi disini.. Jangan mendaki secara solo.. Tapi kalau survive dari helikopter terlepas takpun lari dari zombie ka tu dah kes lain la..

Perjalanan ke puncak Anak Irau / Mini Irau mengambil masa 2 jam. Lebih kurang jam 11.30 pagi aku ngan partner aku Nyet si pendaki tegar pun sampai la setelah rilek2 di pertengahan pendakian.. Orang len kebanyakannya pulun nak cepat. Tapi kami tidak berani mengambil risiko untuk cepat sangat kerana AES ada dimana-mana..hahaha..sebenarnya atas faktor keselamatan. Betul ni bro bukan sebab nak poyo. Faktor keselamatan dan lagi satu sebab kemampuan. Jangan nak push lebih dari kemampuan. Prinsip gua rilek n steady.. Hehh poyo ja ayat padahal stamina x cukup.

Antara permandangan sebelum ke puncak Anak Irau
                                     
Take 15 di puncak Mini Irau
Keadaan suhu kat puncak mini Irau time ni bleh dikatakan sejuk gak sebab berasap-asap gak la masa bernafas tu. Terasa cam kat Kinabalu pun ada. Kemudian kami meneruskan semula pendakian murni kami setelah menyedari kami(aku dan nyet) telah ditinggal senyap-senyap oleh cikgu Sham ngan isteri dia.. Kalau tak tadi kami cucuk2 angin ja..tengok2 keliling dah hilang dah.(jangan marah cikgu..gurau2 aja..hehe) Yang tinggal hanyalah abam2 otai ja.

Perjalanan ke puncak Irau lebih mengasyikkan dimana kemossian Mossy Forest ni lebih menyerlah dimana pokok2 dan akar2 tumbuhan dipenuhi dengan lumut. Satu pengalaman indah yang aku alami sendiri depan mata. Kepada yang suka makan makanan sepeti rumpai air..disinilah tempah anda kalau stok rumpai tu abes..tapi kalau keracunan jangan salah aku lak. cari laa doktor hahaa..








Disyaki angkara Edward Scissors Hand 
                                   
Dan akhirnya setelah 1 jam lebih mencari cikgu Sham.. lebih kurang jam 1.20 petang kami jumpa juga cikgu Sham kat puncak Irau yang ketika itu tersenyum riang dan sedang sibuk menyelenggara peralatan kameranya. Seronok naa cikgu.kot nak tunggu. Hehehhe..

Sampai2 terus bukak lunch pack..ngupp ngapp ngupp ngap..huu ha hu haa..bergambar..kemudian jam 2.15 bergerak turun semula dengan misi membawa balik seberapa bnyak sampah yang boleh dikutip. Kalau yang kat gaung2 tu memang tak dapat nak kutip la bang..nanti kena kutip aku lak kat bawah tu.hehe..

                                    

Kalau la ayam dalam sepanduk tu idup. leh gak sembelih wat masak kicap..hehe jgn marah ye tuan tanah..gurau2 ajaa

Pemandangan di puncak

Pendaki-pendaki yang tak kurang hensemnya..  ^_^

Macam biasa sejam lebih gak untuk turun ke anak irau.. berehat sebentar bersama snickers. kemudian teruskan semula setelah menyedari sekali lagi kena tinggal ngn Cikgu Sham dengan geng2 dari UiTm yang menggelar diri mereka Pendaki Muslimah..asyik2 cikgu sham ja nak petik kan..sian gak kat cikgu sham kan..ann annn..kekekeke..

Time turun ni lak aku tak tau la sebab apa terasa masa seakan-akan tak bergerak.. Otak lak asyik ingat tangga time starting point tu ja. Masing2 cuba memotivatekan diri dengan meyakini diri sendiri yang tangga tu tak jauh dah..dah leh nampakk.. padahall..ciss jauh ayam panggang dari sos pencecahnya..

Namun akhirnya kesabaran dan semangat membuahkan hasil apabila lebih kurang jam 5.45 camgitu kot..aku pun tak brapa nak ingat sangat, kami sampai juga ketangga yang menjadi bayangan disaat-saat kepulangan itu. Tak dinafikan jumpa tangga disini adalah salah satu nikmat. Cikgu Sham pun cakap.."dalam bnyak2 tempat kat sinilah aku paling seronok jumpa tangga. kat tempat len taknah seronok jumpa tangga". Hahahha tergelak abis semua..

Kemudian berkumpul semula di starting point..kumpulkan semua sampai..lebih kurang jam 6.30 ptg kami bergerak turun ke tempat penginapan.. Semua selamat sampai dan misi telah berjaya. Congrats and thanks to all yang terlibat!

rehat kat celah2 pokok ni memang layan.. cam duduk kat kipas Starbuck.

rasa syahdu lak nak tinggal Irau ni..mungkin ada masa kan ku  temu semula..sobss

Sampah sarap yang di bawa turun.



Sunday, April 7, 2013

Meneroka Bukit Tabur East Side (Klang Gates Quartz Ridge)

Salam dan salam sejahtera pembaca sekalian. Pada hujung minggu lepas sekali lagi saya ke trek mendaki. Kali ini ke trek yang agak popular dikalangan pendaki sekitar lembah Klang. Trek yang saya maksudkan ialah Bukit Tabur East Wing.

Kebanyakan pendaki cakap East Wing adalah lebih sukar berbanding West Wing. Namun bagi aku (nak tukaq lak ayat penyata sbb rasa cam baik sangat.takut nanti kufur nikmat.hahaha) West Wing nih lebih merbahaya dan lebih mencabar pendakiannya. Tetapi tapi yang aku pasti kedua2 wing ni ada keunikan tersendiri. Cuma yang tak bestnya masa aku nek East ni dok dengaq bunyi org ketuk2 wat rumah. Sedikit sebanyak telah mengganggu emosi aku.

Kali ni aku ditemani pendaki muda yang juga merangkap jawatan ahli bina badan terhangat di pasaran. Ameq atau lebih dikenali sebagai Ameq Hero dikalangan membe2 aku sebab dia penah menyelamatkan seekor katak puru yang tekepit kat sport rim. Kalau nak cerita episod penuh boleh la hubungi Ameq sendiri. Hehehe..

Pendakian kami bermula jam 7.00 pagi. Tahap awal pendakian boleh menguji mental dan fizikal dimana kami dah bepecah peluh macam lari atas thread mill setengah jam dah. Namun nafsu untuk melihat keindahan nun diatas sana mendorong kami untuk terus menerus melangkah.. Fuhh.. mesti hampa pun termotivate skali kan. Heh..Memang tak menghampakan bila sampai check point. Keindahan alam semulajadi dan flora dan fauna telah mengasyikkan kami dan sedikit sebanyak telah membuatkan kami berkhayal. Padahal x sampai puncak lagi.

Sembang2..bergambar2 di check point.. akhirnya jam 8.30 pagi kami tiba juga di puncak Tabur East. .Cabaran sebelum ke puncak memerlukan hampa memanjat cerun 70-80 degree(anggaran) dengan menggunakan tali. First timer/yang mementingkan kecantikan kulit tangan haruslah membawa sarung tangan yang sesuai dan selamat untuk digunakan.

 Lepak2 dalam sejam kemudian kami turun semula mengikut laluan naik. Ada laluan turun ikut kebun tapi yang tu agak jauh dan aku pun tak sure. Xmau la cari pasai. Senang crita ikut ja jalan naik tadi. Lebih kurang jam 11 pagi kami selamat tiba di tempat letak kereta.


Nih lah dia, Ameq Hero..hehehe :) thanks meq untuk gambar yg sangat berkualiti


Salah satu gambar di check point


Penulis sempat bergambar dengan batu belah batu bertangkup.  

Ni kalau x silap kat check point last skali..Aku pun x ingat berapa kali kami dah check.

Cabaran terakhir ke puncak, sebenarnya pendakian tabur  east ni lebih banyak menggunakan tali (saya kira lebih selamat berbanding west)


Tips: Walaupun ada tali tapi periksa dulu kekuatan dan keselamatan batu untuk dipijak, kemudian ambil step yang mudah  dicapai dahulu


View dari puncak Tabur East. Untuk view KL yang lebih best kena  nek West Wing.  

Jumpa lagi dalam post2 akan datang.. Chill!  :)