Monday, December 3, 2012

Mendaki Bukit Tabur (West Wing)

Salamm..halloo..Yeahh..Sawadikaap..Vaneekamm..kali ni blog ediosite kembali dengan tajuk hiking. Hari Jumaat lepas aku bersama otai2 gunung kembali ke trek mendaki. Dan misi kali ni agak berbeza kerana dek bukit yang kami nak daki ialah bukit yang jenis berbatu. Bukit ni namanya ialah Bukit Tabur dan juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Mungkin disebabkan suatu ketika dulu bukit ini ada kaitan dengan peristiwa beras hangus di Langkawi dan mahsuri yang menabur dedak untuk ayam kampungnya.

Bukit ni bertempat di Taman Melawati dan memang mudah sangat nak ditemui. Dari Ampang terus melalui MRR2 kemudian masuk ikut Jalan Kolam. Kemudian nampak ronbot yang cam tak berapa ikhlas tu ampa amik pukul 8.45. Pastu jumpa simpang ada signboard Taman Warisan tu ampa belok sikit. Pastu terus ja sampai ke penghujung jalan sampai jumpa tempat yang control air empangan Klang Gate. Ntah apa nama tah syarikat tu. Lupa lak. Jalan kesitu berturap dan bengkak bengkok sikit tapi tak jauh sangat la dari roundabout tu. Cuma aku tak nasihatkan sangat ampa semua gerak lewat malam. Agak menggerunkan kerana masa aku ontheway tu aku baru saja ada ternampak bekas tinggalan pemujaan.memang ada aktiviti tidak sihat disitu.heee..misterii..

Sampai2 di kaki bukit terus park kenderaan pastu pakai kasut ngan setup untuk naik bukit. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kira2 jam 6.30 pg(estimate sbb lupa tgk jam..hihi) kami terus gerak.. Tengok2 belakang marshall ikut jalan lain. Ceh hampehh.. bukan nak bagitau pun marshall ni.heh hampeh. So patah balik menuju ke laluan West Wing. Berbekalkan head lamp yang baru dibeli di jalan pasar kami berempat memulakan pendakian. Laluan berbatu dan sempit kami tempuhi. Kira-kira 30 minit kemudian kami tiba di check point pertama. Memang xleh tahan. Bukan takleh tahan nak memerut..tapi tak tahan tengok vieww dia yang memang superb wa cakap lu..Sebelah kiri kami view empangan Klang Gate dan disebelah kanan tulang dinosaur T-Rex ni adalah pemandangan perumahan sekitar Taman Melawati dan Lembah Klang.



Perjalanan diteruskan setelah unsur2 kepoyoan dikesan semasa bergambar disitu. Kemudian sampai lagi ke check point yang ke brapa ntah..aku pun tak hengatt..view lagi best la kali ini..apa lagi bergambar laa..









Dan sekali lagi pendakian terpaksa diteruskan kerana unsur2 poyo kembali menular disitu.. Daki punya daki ...bla bla..sampai ke check point..bla bla..view UIA, Gombak..bla bla..nampak orang men Poker sembunyi kad bawah meja kat Genting..bla bla....prutt prutt kentut sambil mendaki...bla bla..take 5ve...bla blaa.. hahha aku merapu mende nih wei..

Sebenarnya aku nak cerita la kat ampa banyak puncak dan perjalanan dia agak mencabar.. turun naik..melalui  laluan bertali dan tangga besi yang telah diabdikan sekali ngan batu kat situ atau pun dalam bahasa mudahnya "diskru"kan sekali kat batu tu. Perghh memang aku ngucapp bro..silap step skit..pheww..babaiii..see u in alam barzakh..hehhe..aku bukannya nak takut2kan tapi just nak remind ja la..bak kata tube train di London "mind your gap" ecewaah..lebih kurang camtu la..kena beware skit..hehe..

So aku pun xnak cerita panjang lagi..aku nak share sket aaa gambar2 yang aku sempat snap ketika marshall aku Hafiz Gunong ngan konco2 hardcorenya Hami Kinabalu dan Nyet Si Hiker Degil sedang leka bermain berkejar-kejar di sebalik pohon getah dek kerana berebut biji getah..hehh takda aa geng aa..aku gurau jee..kekekek..

So kat puncak last skali ni ja yang menarik aku leh bagi kat ampa.. len2 xdak apa sangat sebab view dia terhalang skit dek pokok2..

pokok..err..brokoli kot

yang nih pun sama..geram cam nak makan ja

brokoli versi macro sony x10 (promote skit)

disinilah asal usul Hobbit 


Lepak2 dan bermesyuarat di puncak lebih kurang 15 minit kemudian lebih kurang jam 9.30pg kot (ingat2 lupa) kami bergerak turun mengikut laluan turun. Laluan turun kami disajikan dengan otai dusun..iaitu anjing berspesies anjing batu dimana dia cabut lari setelah nampak kami pegang batuu..cehh apo laa..baru pegang batu dah cabut..haha..laluan turun pula juga tidak kurang mencabar; ala2 sawah bukit dimana kami terpaksa menekan brek kaki kanan ja sebab jalan cam ketam.haaa cuba ampa try bayangkan dan cuba jalan tengok..haa lebih kurang camtu laa..hahha..fuhh leh tahan gak peluhh time turun ni. Alhamdulillah dalam setengah jam kemudian kami tiba di kaki bukit.

Time turun mandi sungai sat..kebetulan lak syarikat empangan tu lepas air empangan..fuhh layann wei sungai dia..serius..





Lagi gambar2 poyo..











Terima kasih kerana sudi blog walking di blog saya yang tak seberapa ini..sehingga kita bertemu di kemudian post2.. pohon kemaafan diatas salah tutur bicara jika terdapat salah silap dalam karya ini.. Wassalamm...
- Rusydi Ashikin