Sunday, April 7, 2013

Meneroka Bukit Tabur East Side (Klang Gates Quartz Ridge)

Salam dan salam sejahtera pembaca sekalian. Pada hujung minggu lepas sekali lagi saya ke trek mendaki. Kali ini ke trek yang agak popular dikalangan pendaki sekitar lembah Klang. Trek yang saya maksudkan ialah Bukit Tabur East Wing.

Kebanyakan pendaki cakap East Wing adalah lebih sukar berbanding West Wing. Namun bagi aku (nak tukaq lak ayat penyata sbb rasa cam baik sangat.takut nanti kufur nikmat.hahaha) West Wing nih lebih merbahaya dan lebih mencabar pendakiannya. Tetapi tapi yang aku pasti kedua2 wing ni ada keunikan tersendiri. Cuma yang tak bestnya masa aku nek East ni dok dengaq bunyi org ketuk2 wat rumah. Sedikit sebanyak telah mengganggu emosi aku.

Kali ni aku ditemani pendaki muda yang juga merangkap jawatan ahli bina badan terhangat di pasaran. Ameq atau lebih dikenali sebagai Ameq Hero dikalangan membe2 aku sebab dia penah menyelamatkan seekor katak puru yang tekepit kat sport rim. Kalau nak cerita episod penuh boleh la hubungi Ameq sendiri. Hehehe..

Pendakian kami bermula jam 7.00 pagi. Tahap awal pendakian boleh menguji mental dan fizikal dimana kami dah bepecah peluh macam lari atas thread mill setengah jam dah. Namun nafsu untuk melihat keindahan nun diatas sana mendorong kami untuk terus menerus melangkah.. Fuhh.. mesti hampa pun termotivate skali kan. Heh..Memang tak menghampakan bila sampai check point. Keindahan alam semulajadi dan flora dan fauna telah mengasyikkan kami dan sedikit sebanyak telah membuatkan kami berkhayal. Padahal x sampai puncak lagi.

Sembang2..bergambar2 di check point.. akhirnya jam 8.30 pagi kami tiba juga di puncak Tabur East. .Cabaran sebelum ke puncak memerlukan hampa memanjat cerun 70-80 degree(anggaran) dengan menggunakan tali. First timer/yang mementingkan kecantikan kulit tangan haruslah membawa sarung tangan yang sesuai dan selamat untuk digunakan.

 Lepak2 dalam sejam kemudian kami turun semula mengikut laluan naik. Ada laluan turun ikut kebun tapi yang tu agak jauh dan aku pun tak sure. Xmau la cari pasai. Senang crita ikut ja jalan naik tadi. Lebih kurang jam 11 pagi kami selamat tiba di tempat letak kereta.


Nih lah dia, Ameq Hero..hehehe :) thanks meq untuk gambar yg sangat berkualiti


Salah satu gambar di check point


Penulis sempat bergambar dengan batu belah batu bertangkup.  

Ni kalau x silap kat check point last skali..Aku pun x ingat berapa kali kami dah check.

Cabaran terakhir ke puncak, sebenarnya pendakian tabur  east ni lebih banyak menggunakan tali (saya kira lebih selamat berbanding west)


Tips: Walaupun ada tali tapi periksa dulu kekuatan dan keselamatan batu untuk dipijak, kemudian ambil step yang mudah  dicapai dahulu


View dari puncak Tabur East. Untuk view KL yang lebih best kena  nek West Wing.  

Jumpa lagi dalam post2 akan datang.. Chill!  :)

No comments:

Post a Comment