Tuesday, March 12, 2013

Perlis Favourite Food Part 3 - Nasi Kandaq Market

Salam semua.. Kali ni kita ke Market Kangaq untuk mentekedarah(menjamu selera) nasi kandar all time favourite.. Sebelum diperincikan lagi perihal nasi kandaq ni, aku nak mengungkit balik pasal port lama nasi kandaq market. Dahulunya terletak berhampiran Stesen Bas Ekspress Kangar. Dan dahulu-dahulunya lagi sebelum merdeka lagi Market Kangar telah happening dan beroperasi di tapak MPK (Majlis Perbandaran Kangar) sekarang.


Gambar medan selera market yang terkini..Ni diaa..
Tips: kalau nak tgk gambar yg lama dan nak tau cegheta dia leh direct walk-in kat kedai nasi lemak Pak Cik Usop / semak melalui direktori Perpustakaan Awam Perlis. 

Port baru ni terletak di belakang Pasar Borong (Jln Kampung Bakau) yang telah musnah dijilat api. Lokal tau tempat ni..Tapi kalau orang luar nak tau nah amik coordinate ni 6.436089, 100.200213

Berbalik semula kepada topik, apa yang bestnya ataupun dalam bahasa korporatnya key achievement of nasi kandaq kat perlis ni ialah nasi nya yang empuk,gebu dan mulus. Warnanya  kekuningan dan baunya harum. Aneka lauk disertakan dengan kuah campur..sungguh sukar untuk digambarkan keenakannya. 


Bismillahhiraahmanirrahim..Gandingan ideal sambal sotong dan ayam sambal ros. Nak lagi mantap kalau ada fish ball. Selalunya ada,time2 nak buat review ni leh x ada lak. Jaga hang fishball nanti jumpa aku makannn 10 ketui.hehee


Nuun Nasi Kandar. Sejak makan sini x penah lagi la cirit-birit atau pun mengalami kesan sampingan dek kerana nasi kandaq dia.


Terdapat juga warung2 lain dan menu2 yang tak kurang hebatnya..Selamat mencuba!


..............bersambung

2 comments:

  1. Nun nasi kandar hampeh mahal nasi nys sikit budak makn pun tak cukup apa tah lagi kenyang kedekut kuah pulak tu kalau di penang kedai ni misti tak laku dan akan bankrupt hanya orang yang suka nasi manis suka makan di sini.

    ReplyDelete
  2. saudara Sam berapa ringgit yang mahal tu? bagi saya di Nun ni masih masuk akal lagi harga dia kalau dikategorikan dalam julat harga nasi kandar.

    ReplyDelete