Sunday, March 10, 2013

Perlis Favourite Food Part 2 - Pasemboq Nat Sabtu

Salam dan salam sejahtera pembaca sekalian.. Untuk post pasal favourite food part 2 ni aku nak crita lak pasal pasemboq. Pasemboq ataupun lebih femes dikenali sebagai rojak di selatan tanah air. Haa jangan konpius, kat utara kalau rojak tu rojak buah la seperti mana yang telah di post dalam post yang kat bawah nih.

Di perlis pasemboq sini pelik sikit, sebab kuah dia bawarna agak kehitaman. Istimewanya disertakan dengan beehun/meehun, dan cucur ketam. Mesti yang hampa selalu makan pasemboq/rojak mee kan? Yang tu tak best,,ni lagi best bro.. serius..

Ada beberapa tempat disekitar Nat(pasar pagi) di Perlis ni. Tapi yang dijual di Nat Sabtu ni memang aku punya all time favourite la..sebabnya tak pedas sangat..Kalau nak yang versi pedas sikit ada jual di Nat Selasa di batu 2/Nat Khamis di Jalan Santan/Nat Ahad di Mata Ayer. Rasanya pun hampir2 sama. Namun aku tak pasti la pulak asal-usul tokey rojak pasemboq ni sama ada satu tokey ka ataupun lain2 tapi masing2 ada keistimewaan sendiri.

Landmark yang sesuai untuk ke pasar pagi ataupun Nat Sabtu ni ialah Balai Polis Beseri. Nampak ja traffic light kat balai tu belok kanan dan pandai2 la hampa cari kat dalam tu kat bahagian makan2.


Warisan Pak Mat sejak turun temurun. Aku sempat gak tanya sebab apa guna bekas tempayan untuk isi kuah. Pembantu brader tu dalam loghat siam membalas "nak bagi tahan panas..kalau boh bekaih biasa nanti cepat sejuuk". 


Tips: Kalau makan situ order kopi ais kat warung sebelah.memang kaww. Kalau nak banyak disyorkan hampa bungkus. Tapi kalau nak rasa feel suasana nat tu disyorkan makan kat situ.


Ni lak aksesori tambahan yang boleh dikatakan tak sah kalau pi Nat Sabtu tak beli apam balik ni. Tips: Brader jual apam ni pendek2 dan peramah orangnya. Di Nat Selasa pun dia niaga gak.


Kelihatan krew2 apam balik sedang sibuk menyiapkan apam. Respek orang2 muda yang rajin bekerja ni. Bangun awal2 pagi, keluar keringat semata-mata mencari rezeki yang halal. Semoga mereka dirahmati Allah selalu..dunia dan akhirat..aminn.





.................bersambung lagi..





No comments:

Post a Comment