Salam kepada pembaca sekalian.. kali ni aku rasa dah tiba masa lak aku nak bukukan pasal makanan2 dan port2 makan yang terbaik dan best kat kampung halaman aku. Sebelum ni ada gak hasrat nak buat pasal topik nih tapi tu lah kan apa kan daya.. masa mencemburui kita.. Padahal malas nak buka blogger.. Hehehee..tanpa membuang masa lagi aku nak kupas sikit pasal rojak Pak Yanti ni.
Kalau nak ikutkan pak cik tu bukan nama yanti tanpi Pak Cik Aziz. Tapi oleh kerana anak dia nama Yanti yang juga member aku dari skolah rendah lagi so aku lebih senang gemarkan rojak dia Pak Yanti. Awat tak leh? suka hati aku laa hahaa..Tapi apa2 pun rojak dia memang superb bestt! tak caya hampa kena try..Bersih pun bersih dan harga berpatutan. Ada gak menu sampingan seperti laksa..air mosha..cappucino...
Oh yaa.. lokasi dia terletak di Jalan Penjara 01000 Kangar Perlis. Betul2 di hadapan Perpustakaan Awam Perlis dan bersebelahan Jabatan Pendidikan Perlis.
Nahh nii diaa..lazat dan enak sekali dipekena dengan lengkong(cincau) mahupun ayaq nyoq(kelapa)..
Kalau dulu port ni memang redup ataupun teduh orang Perghlih kata. Tapi sejak sebulan lepas kena trim lak pokok2 kat sekeliling kawasan ni.. Argh panas pun panas laa..janji dapat tibai rojak..
................bersambung.
terlioq2 tringat ayaq nyoq n rojak dia..rojak makcik manis pun ok (depan klinik ehsan) tp mahal..
ReplyDeleteyang tu adik ka abang dia tah.tak pasti..yup situ memang mahai.tpi ayaq nyioq dia lagi best..cuma kurang bersih sikit la..n pekerja dia x senyum..tu yang tak berapa nak best sgt. hehe
ReplyDelete