Monday, December 3, 2012

Mendaki Bukit Tabur (West Wing)

Salamm..halloo..Yeahh..Sawadikaap..Vaneekamm..kali ni blog ediosite kembali dengan tajuk hiking. Hari Jumaat lepas aku bersama otai2 gunung kembali ke trek mendaki. Dan misi kali ni agak berbeza kerana dek bukit yang kami nak daki ialah bukit yang jenis berbatu. Bukit ni namanya ialah Bukit Tabur dan juga dikenali sebagai Bukit Hangus. Mungkin disebabkan suatu ketika dulu bukit ini ada kaitan dengan peristiwa beras hangus di Langkawi dan mahsuri yang menabur dedak untuk ayam kampungnya.

Bukit ni bertempat di Taman Melawati dan memang mudah sangat nak ditemui. Dari Ampang terus melalui MRR2 kemudian masuk ikut Jalan Kolam. Kemudian nampak ronbot yang cam tak berapa ikhlas tu ampa amik pukul 8.45. Pastu jumpa simpang ada signboard Taman Warisan tu ampa belok sikit. Pastu terus ja sampai ke penghujung jalan sampai jumpa tempat yang control air empangan Klang Gate. Ntah apa nama tah syarikat tu. Lupa lak. Jalan kesitu berturap dan bengkak bengkok sikit tapi tak jauh sangat la dari roundabout tu. Cuma aku tak nasihatkan sangat ampa semua gerak lewat malam. Agak menggerunkan kerana masa aku ontheway tu aku baru saja ada ternampak bekas tinggalan pemujaan.memang ada aktiviti tidak sihat disitu.heee..misterii..

Sampai2 di kaki bukit terus park kenderaan pastu pakai kasut ngan setup untuk naik bukit. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim kira2 jam 6.30 pg(estimate sbb lupa tgk jam..hihi) kami terus gerak.. Tengok2 belakang marshall ikut jalan lain. Ceh hampehh.. bukan nak bagitau pun marshall ni.heh hampeh. So patah balik menuju ke laluan West Wing. Berbekalkan head lamp yang baru dibeli di jalan pasar kami berempat memulakan pendakian. Laluan berbatu dan sempit kami tempuhi. Kira-kira 30 minit kemudian kami tiba di check point pertama. Memang xleh tahan. Bukan takleh tahan nak memerut..tapi tak tahan tengok vieww dia yang memang superb wa cakap lu..Sebelah kiri kami view empangan Klang Gate dan disebelah kanan tulang dinosaur T-Rex ni adalah pemandangan perumahan sekitar Taman Melawati dan Lembah Klang.



Perjalanan diteruskan setelah unsur2 kepoyoan dikesan semasa bergambar disitu. Kemudian sampai lagi ke check point yang ke brapa ntah..aku pun tak hengatt..view lagi best la kali ini..apa lagi bergambar laa..









Dan sekali lagi pendakian terpaksa diteruskan kerana unsur2 poyo kembali menular disitu.. Daki punya daki ...bla bla..sampai ke check point..bla bla..view UIA, Gombak..bla bla..nampak orang men Poker sembunyi kad bawah meja kat Genting..bla bla....prutt prutt kentut sambil mendaki...bla bla..take 5ve...bla blaa.. hahha aku merapu mende nih wei..

Sebenarnya aku nak cerita la kat ampa banyak puncak dan perjalanan dia agak mencabar.. turun naik..melalui  laluan bertali dan tangga besi yang telah diabdikan sekali ngan batu kat situ atau pun dalam bahasa mudahnya "diskru"kan sekali kat batu tu. Perghh memang aku ngucapp bro..silap step skit..pheww..babaiii..see u in alam barzakh..hehhe..aku bukannya nak takut2kan tapi just nak remind ja la..bak kata tube train di London "mind your gap" ecewaah..lebih kurang camtu la..kena beware skit..hehe..

So aku pun xnak cerita panjang lagi..aku nak share sket aaa gambar2 yang aku sempat snap ketika marshall aku Hafiz Gunong ngan konco2 hardcorenya Hami Kinabalu dan Nyet Si Hiker Degil sedang leka bermain berkejar-kejar di sebalik pohon getah dek kerana berebut biji getah..hehh takda aa geng aa..aku gurau jee..kekekek..

So kat puncak last skali ni ja yang menarik aku leh bagi kat ampa.. len2 xdak apa sangat sebab view dia terhalang skit dek pokok2..

pokok..err..brokoli kot

yang nih pun sama..geram cam nak makan ja

brokoli versi macro sony x10 (promote skit)

disinilah asal usul Hobbit 


Lepak2 dan bermesyuarat di puncak lebih kurang 15 minit kemudian lebih kurang jam 9.30pg kot (ingat2 lupa) kami bergerak turun mengikut laluan turun. Laluan turun kami disajikan dengan otai dusun..iaitu anjing berspesies anjing batu dimana dia cabut lari setelah nampak kami pegang batuu..cehh apo laa..baru pegang batu dah cabut..haha..laluan turun pula juga tidak kurang mencabar; ala2 sawah bukit dimana kami terpaksa menekan brek kaki kanan ja sebab jalan cam ketam.haaa cuba ampa try bayangkan dan cuba jalan tengok..haa lebih kurang camtu laa..hahha..fuhh leh tahan gak peluhh time turun ni. Alhamdulillah dalam setengah jam kemudian kami tiba di kaki bukit.

Time turun mandi sungai sat..kebetulan lak syarikat empangan tu lepas air empangan..fuhh layann wei sungai dia..serius..





Lagi gambar2 poyo..











Terima kasih kerana sudi blog walking di blog saya yang tak seberapa ini..sehingga kita bertemu di kemudian post2.. pohon kemaafan diatas salah tutur bicara jika terdapat salah silap dalam karya ini.. Wassalamm...
- Rusydi Ashikin

Friday, November 23, 2012

Study Table For Sale! (SOLD)

Since I have finish my study so I decide to sell my study table for RM 80 only including 1 red chair. Interested buyer please call me at ssssssss. I guarantee you this table is simply nice and suite for study purpose or even to use during lunch time too.. LOL :-D

SOLD!




Tuesday, November 6, 2012

Mendaki Gunung Dato, Ghombau





err..ada tak dlm setahun aku tak tulis blog. ada kot stengah tahun rasanya.hahha.. Kali nih aku nak share skit aah pengalaman mendaki gunung. Gunung dato kat Ghombau N9 . Rasanya ni second gunung yang aku tawan selepas aku berjaya menawan Gunung Jerai dengan menggunakan khidmat van alford sewa kira2 2 tahun lepas..hehhe.. Kali ni bezanya aku ditemani dengan seorang pendaki yang degil, Ifwat atau nama manjanya Nyet. Plan awalnya nak ikut group Universiti nek bukit ni, tapi setelah Nyet dapat menghidu dek bahaya yang bakal menjelang, maka kami pun kensel lak plan asal. Nyet ni memang pro dan superb expert dalam bab2 menghidu bahaya ni..hidu gas beracun pun dia dah expert..dia juga dapat mengklasifikasikan jenis2 gas beracun yang acap kali dirembeskan oleh membe2 sendiri..kekeke Nyet sori Nyet gurau sikit nak bagi hilang psiko mendaki.hehh..

Oh ya berbalik pasal bahaya tadi. Tak caya baca artikel nih. So nak cerita pasal plan B lak, pada malam ahad bersamaan 3 Nov 2012 selepas menyaksikan chelsea seri ngan swansea (1-1) dan team Nyet, Arsenal kalah ngan Menyu (2-1) jam 1 pagi bertolak keluar dari Pandan Perdana dan singgah isi minyak sat kat Esso Safari MRR2.

Pas setel semua, perjalan yang suci murni ini utk melihat keindahan ciptaan Allah pun diteruskan jua meskipun dalam keadaan cuaca yang mcm tak berapa bagi kami pegi..tapi apakan daya, dah nama pun ikut pendaki degil so aku pun jadi degil gak..hehh.. Pummm pang pumm pangg kul dalam kul 2.50.. Kami sampai Exit Simpang Ampat.. haaa bukan silap jalan tapi mmg nak singgah Melaka dulu sebab nak memanjakan diri di Gadek Hotspring. Pastu dalam pukul 3.20 smpai la kat Gadek tu. Masuk RM5 bgi dewasa, kanak2 tak ingat lak. 

Selesai memanjakan diri dan membuat rawatan spa di Gadek kira2 setengah jam kat situ kami bertolak ke destinasi utama kami. Fuhh serius,,rasa kulit halus mulus woo lepas tu mandi air panas tu..Serius ampa kena try. 

Setibonya den kek Gunung Dato,Ghombau, nOgori Sombilan..arround 5 am.. den parking keta dulu cun2 pastu wat2 tidur jap. Member den? Ya rabbi..dia punya tidur..hehhe.. 

Jam 6.00 pagi..jeng jeng... Kami pack barang yang penting saja untuk dibawa naik gunung.. Antara barang2 yang direject ; tikar mengkuang, tikar siam dan tikar aladin.. heh xdolah..den gurau ajo. 

Kami mendapatkan kebenaran renjer dulu setelah tengok laluan mendaki ditutup. Then setelah mendapatkan kobonaran, eden ngan member eden strecthing sikit2 dan memulokan perjalan kira2 jam 6.20 pagi..cuak gak la..jalan dalam kelam..sib baik ada membe aku pendaki degil nih ha..kalau eden sorang memang x la rasonya haa..heheh.. 

Laluan permulaan kira2 200 - 300 meter memang kacang ja laa..pastu tokseyy ngoyat la abee..memang agak challenging la bagi aku yang amatur ni..tak kasi can punyaa.. Kami mengambil masa kira2 satu jam sebelum tiba di check point pertama. Cam biasa take 5ve kemudian proceed perjalanan.. x leh stop lama2 nanti lemau. 

Menyedari perjalanan masih jauh, kami memotivate diri dengan aktiviti mengira jumlah peserta.. satu.. dua.. berulang ulang sehingga jemu. 8.09 pgi 4 November alhamdulillah kami tibo di kemuncak Gunung Dato'.. Yeahhh..gembironya eden memang x terkato..kombang lobang idong den..huhhuu. Ketibaan aku disambut sekumpulan abam2 hiker otai yang salah dua orangnya dak GMI gak time aku diploma dulu.Seronok gak dengar cito n tengok gelagat diorang nih..x larat nak gelak. Hilang penat den.. Ceh leh lak wat jejak kasih kek atas gunong nih..huhhu.

Lepak2 jap minum n pekena Snickers.. then sejam lepas tu bergerak balik memandangkan cuaca tak berapa nak elok ditambahkan pula bnyk lagi group2 hikers yang melangut-langut nak nek atas puncak batu gunung Dato'. Sory laa dikk,, abam dah nekk kentut dah kat atas neh..hehh..

Perjalanan turun tak semudah yang disangka bro.. Kena banyak beware n guna kekuatan otot lutut dan tumit..kuantiti peluh yang keluar rasanya sama mcm time nak mendaki. Perjalanan turun mengambil masa sejam lebih jugak..10.50 pagi kami tiba di kaki gunung..Kecuali la kalau ampa nak tiru aksi Bear Grill.. turun bukit buat cam naik papan luncur ja memang la cepat..silap2 hari bulan cepat jugak jumpa ajal. hehh.

Lepak2 minum kopi jap dengan abam2 hiker otai tadi kat warung bawah then 11.50 kami bertolak balik Kolumpo.. Memang agak penat. Smpai co-pilot den dok head banging ja sorang2 dlm keta..Akak tol pun tahan gelak tengok dia.hahha. Insyaallah kalau ada rezeki akan diupdatekan lagi entry blog nih... Thanks a lot kepada Nyet sbb merealisasikan impian den. Hobing jang hobing!! Sedikit gambo untuk tetapan anak2 den nanti..

  


Tuesday, July 3, 2012

Monday, March 19, 2012

Monday, March 5, 2012

Pazar Cafe




17, Taman Vistana Indah, 06500 Alor Setar, Malaysia

http://www.facebook.com/pages/Pazar-Cafe/309189432479126

Saturday, February 11, 2012

Lepak..

mengapa orang suka lepak?

lepak itu best..

kenapa lepak itu best?

kerana best lah.

haii lepak2..kenapalah best lepak..

kalau aku jadi kau lepak..alangkah best.. :p