Friday, March 18, 2011

Kursus Sembelih di IPROM

Baru-baru ini bersempena minggu kesedaran Islam IPROM, UniKL Iprom dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan,(JAWI) Unit Penyelidikan Cawangan Kajian Syariah telah menganjurkan kursus "sembelihan halal dalam islam".

Kursus sembelih ni bukan sahaja bertujuan untuk mengenyangkan perut pelajar setelah ayam disembelih,diproses dan "dibarbeque", malah bertujuan untuk menekankan dan memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang betapa pentingnya teknik menyembelih yang betul dan memastikan ayam/lembu/kambing/rusa dan seangkatannya adalah halal untuk dimakan khususnya kepada kita sebagai umat Islam.

Haiwan ternakan yang menjadi bahan eksperimentasi kali ni ialah ayam sebanyak 50 ekoq. Ayam pun sihat2 dan moda-moda lagi. Daripada 50 ekoq yang disembelih, sekoq ja yang tak pass setelah "diinspect" oleh pihak JAWI.

Syabas kepada yang hadir dan bersama-sama yang menjayakannya. Baguih untuk pengetahuan dan pengalaman semua pihak. Bukan saja pelajar dan pensyarah ja mai tgk, brader technician pun join sekaki gak. Lepas ni mungkin kita boleh try pulak sembelih lembu pulak. :)







No comments:

Post a Comment