Tuesday, June 28, 2011
Char Koetiauw Sungai Dua
Percaya atau tidak. Aku telah mengalami satu gejala dimana terasa amat malas untuk login masuk blogger dan mengarang cerita-cerita untuk ampa semua. Ditambah pula dengan sedikit kesibukan dan beberapa komitmen yang harus dilaksanakan. Walaubagaimanapun, percaya atau tidak juga..dalam sibuk dan tak berapa sibuk aku telah berjaya sampai juga ke Char Kotiauw Sungai Dua, Penang.
Mungkin cerita-cerita Char Koetiauw ni dah basi dah.member aku yang dulu kaki char kotiauw pun dah bertukar jadi kaki dumbbell dah. X apalah. yang penting aku dapat rasa sendiri kan. Char Kotiauw dia ok dan sedap. Kedai dia juga luas dan lapang dan selesa untuk dilepak.
Berikut aku rekemenkan top 5 charkoetiauw antara yang sedap yang pernah aku makan:
1)charkoetiauw tmn tun dr ismail(dah tak buka lost contact,nama brader ni najib org penang)
2)charkoetiauw kwsp, kangar (update:la nih dah ada charkoetiauw besaq dah)
3)charkoetiauw sungai dua, penang
4)charkoeutiauw aimar, ttdi jaya s. alam
5)charkoeutiauw aeman,jalan sultanah bahiyah, a.star(kalau kat sini koetiauw kerang dia sedap)
Monday, June 27, 2011
Makna Hari-Hari Dalam Islam ..
Oleh fariz,2003-06-27 10:34:20(mymasjid.net)
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi:~
Jumaat - Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
Sabtu - Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
Ahad - Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
Isnin - Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa - Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu - Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.
Khamis - Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.

Sunday, June 26, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)