Tepat jam 9.30 pagi misi kami yang diketuai Encik Naz bermula setelah sedikit taklimat ringkas dan sesi warm-up. Encik Naz kita telah memberi petua yang amat berguna sekali kepada kira2 20 orang pengikut untuk memijak akar kayu daripada memijak tanah kerana dek tanah yang lembik kalau dalam bahasa utaranya disebut sebagai tanah yui. Tanah jenis ni kalau silap pijak boleh tertanam separas pinggang.. Hehehe.. So diingatkan sekali lagi disini.. Jangan mendaki secara solo.. Tapi kalau survive dari helikopter terlepas takpun lari dari zombie ka tu dah kes lain la..
Perjalanan ke puncak Anak Irau / Mini Irau mengambil masa 2 jam. Lebih kurang jam 11.30 pagi aku ngan partner aku Nyet si pendaki tegar pun sampai la setelah rilek2 di pertengahan pendakian.. Orang len kebanyakannya pulun nak cepat. Tapi kami tidak berani mengambil risiko untuk cepat sangat kerana AES ada dimana-mana..hahaha..sebenarnya atas faktor keselamatan. Betul ni bro bukan sebab nak poyo. Faktor keselamatan dan lagi satu sebab kemampuan. Jangan nak push lebih dari kemampuan. Prinsip gua rilek n steady.. Hehh poyo ja ayat padahal stamina x cukup.
Antara permandangan sebelum ke puncak Anak Irau |
Take 15 di puncak Mini Irau |
Perjalanan ke puncak Irau lebih mengasyikkan dimana kemossian Mossy Forest ni lebih menyerlah dimana pokok2 dan akar2 tumbuhan dipenuhi dengan lumut. Satu pengalaman indah yang aku alami sendiri depan mata. Kepada yang suka makan makanan sepeti rumpai air..disinilah tempah anda kalau stok rumpai tu abes..tapi kalau keracunan jangan salah aku lak. cari laa doktor hahaa..
Disyaki angkara Edward Scissors Hand |
Dan akhirnya setelah 1 jam lebih mencari cikgu Sham.. lebih kurang jam 1.20 petang kami jumpa juga cikgu Sham kat puncak Irau yang ketika itu tersenyum riang dan sedang sibuk menyelenggara peralatan kameranya. Seronok naa cikgu.kot nak tunggu. Hehehhe..
Sampai2 terus bukak lunch pack..ngupp ngapp ngupp ngap..huu ha hu haa..bergambar..kemudian jam 2.15 bergerak turun semula dengan misi membawa balik seberapa bnyak sampah yang boleh dikutip. Kalau yang kat gaung2 tu memang tak dapat nak kutip la bang..nanti kena kutip aku lak kat bawah tu.hehe..
Kalau la ayam dalam sepanduk tu idup. leh gak sembelih wat masak kicap..hehe jgn marah ye tuan tanah..gurau2 ajaa |
Pemandangan di puncak |
Pendaki-pendaki yang tak kurang hensemnya.. ^_^ |
Macam biasa sejam lebih gak untuk turun ke anak irau.. berehat sebentar bersama snickers. kemudian teruskan semula setelah menyedari sekali lagi kena tinggal ngn Cikgu Sham dengan geng2 dari UiTm yang menggelar diri mereka Pendaki Muslimah..asyik2 cikgu sham ja nak petik kan..sian gak kat cikgu sham kan..ann annn..kekekeke..
Time turun ni lak aku tak tau la sebab apa terasa masa seakan-akan tak bergerak.. Otak lak asyik ingat tangga time starting point tu ja. Masing2 cuba memotivatekan diri dengan meyakini diri sendiri yang tangga tu tak jauh dah..dah leh nampakk.. padahall..ciss jauh ayam panggang dari sos pencecahnya..
Namun akhirnya kesabaran dan semangat membuahkan hasil apabila lebih kurang jam 5.45 camgitu kot..aku pun tak brapa nak ingat sangat, kami sampai juga ketangga yang menjadi bayangan disaat-saat kepulangan itu. Tak dinafikan jumpa tangga disini adalah salah satu nikmat. Cikgu Sham pun cakap.."dalam bnyak2 tempat kat sinilah aku paling seronok jumpa tangga. kat tempat len taknah seronok jumpa tangga". Hahahha tergelak abis semua..
Kemudian berkumpul semula di starting point..kumpulkan semua sampai..lebih kurang jam 6.30 ptg kami bergerak turun ke tempat penginapan.. Semua selamat sampai dan misi telah berjaya. Congrats and thanks to all yang terlibat!
rehat kat celah2 pokok ni memang layan.. cam duduk kat kipas Starbuck. |
rasa syahdu lak nak tinggal Irau ni..mungkin ada masa kan ku temu semula..sobss |
Sampah sarap yang di bawa turun. |