Sabtu 8 Jun 2013
Aku taknak cerita panjang macamna nak sampai ke Bukit Fraser sebab perjalanan dia memang berliku-liku. Aku yang kat blakang hampir2 koma angkara En Hafiz Nasri yang tak puas hati dan mengejar sebuah Porsche yang memintas Kancil beliau. Setibanya di Fraser Hill (kira2 jam 9.30 mlm) kami buat laporan dulu kat abang polis di Balai Polis Fraser Hill. Bagi nama..nombo ic..dari mana..dan nombo kecemasan untuk dihubungi.
Dah setel bagi nama dan mengompemkan masa untuk turun dari gunung kami pi window shopping skit pastu p isi perut lak. Ada warung2 kat sebelah taman mainan. Aku pekena teh tarik ja sbb dok terbayang-bayang bekalan yang ada kat dalam beg nuh.
Selesai mengeteh, tanpa ragu2 lagi kami menuju ke base camp yang bakal menjadi hotel 5 bintang kami malam nih. Cari punya cari..tengok2 tapak tu dah jadi tempat main gasing.. Terpaksa mencari pilihan lain iaitu bermalam di tapak padang mainan. Bunyinya mcm tak berapa adventure la kan..tapi tak kisah la. Tu ja yang ada.. Tapi yang bestnya kat situ ada tandas awam. Jadi memang tak menjadi masalah untuk pelaburan di pagi esok.
Selesai setup hotel 5 bintang kami, sesi memilo dan makan ringan2 pulak. Milo paneh, Roti + peanut butter pastu twistis 2 paket menjadi mangsa kami..
Malam tu memang kami semua tak leh tidur. Ada seekor kucing hitam datang ganggu kami tidur. Dok cepuk khemah. Mungkin angkara en Hafiz dah gagau batu dia.. Katanya dia nak check jantan betinanya. Tapi sampai nak tidur malam pun kucing tu dok cari. Last2 buat tak layan ja. Pastu si itam tu blah. Rasa aman sat pastu dekat2 subuh dia datang balik..Adoii..mungkin sejuk rasanya..Tak apalah nanti kalau jumpa sleeping bag untuk kucing aku beli bawak spare satu.Hehhe.
Ahad 9 Jun 2013
Kicauan burung2 telah mengejutkan aku. Pantas aku bangun takut2 ada burung gagak dari Shah Alam datang merampas makanan kami, Aku ada sejarah hitam skit ngan burung ni, bukan sebab dia warna hitam. Masa tu aku kecik lagi ikut rombongan dengan emak aku gi Mesjid Shah Alam. Aku tinggai la sekejap makanan aku kat luar mesjid sebab nak terkencing, Bila aku keluaq tengok memang dah rabak la bekas polisterin tu dek gagak Shah Alam ni. Berbalik di Bukit Fraser ni aku lega bila aku tengok kat luar bekalan makanan kami masih rapi dan yang ada hanya burung Awang spesies rare. Nak mcm burung overseas pun ada skit2. Maklumlah Fraser Hill ni pun ada yang menggelarnya Mini Scotland in M'sia.
Jam 7 pagi lelebih skit Hafiz ngan Randy pun bangun sebab perasan aku bangun. Bangun cepat2, clear hotel pastu buat b'fast pulak. Chef Hafiz sekali lagi menunjukkan kepakarannya dengan memasak hotdog dan telur goreng yang dihidangkan bersama roti. Pekena yang tu saja pun dah kenyang dan terasa konpiden ada banyak energy nak mendaki nanti.
Bergerak ke starting point, Jam 9.30 pagi kami mulakan pendakian.. Laluan pada mulanya agak mudah, sehinggalah terjumpa tangga batu. Ketebalan tangga batu ni menurut eksperimen encik Hafiz ialah hampir 2/3 dari siku beliau iaitu 2x ganda dari tangga batu cave. Memang menguji kekuatan otot dan lutut. Kira-kira 2 jam perjalanan sendi aku lak buat hal. Perjalanan terpaksa dislowkan sikit oleh Encik Randy selaku Marshall ketika itu. Sampai di Campsite lebih kurang jam 12.00 t.hari kot..topup air (di bawah campsite tu ada sumber air) opposite simpang. jangan pergi kat blakang campsite tu lak. yang tu tempat pi buat pelaburan.hehhe.
Lepak-lepak dalam 15 minit campsite pastu kami teruskan lagi perjalanan. Sejam kemudian,,, Alhamdulillah sampai la jugak kat puncak Pine Tree Hill jam 1 ptg..Permandangan tak berapa best sangat kat puncak time tu, mungkin kerana dek kabus. Turun kat bawah tu skit ada view lagi syiokk disebalik semak..
Pendakian ke puncak Twin Peak mengambil masa lebih kurang 45 minit sebab sendi aku..adehhh kaki kuu..Sesampai saja kat puncak Twin Peak memang puas ati bro. Menjerit kepuasan dek kecantikan permandangannya. Subhanallah...
Sesudah menikmati view, lunch kami sekali lagi dimasak oleh chef Hafiz. Masakannya ialah..nasi dalam messtin.hehe. Sambal bilis lak aku bawak bekal dimasak oleh chef syafiNaz besertakan telur rebus.. Selesai pekena nasi kami berehat sebentar dan sambung menikmati view. Tapi view dah tak berapa nak syiok sgt dah. Sebab cuaca tiba2 bertukar gelap sikit macam nak hujan. Kat gunung-gunang ni memang suhu dan cuaca ni cepat berubah-ubah.
Bertolak turun kembali melalui denai dan trail yang sama, jam 6.00 petang kami selamat tiba di starting point.
Selepas selesai mengeteh dan report balik kat Balai Polis, jam 9.30 malam kami bertolak pulang. Terasa rindu sungguh kat Fraser Hill.. Pine tree..twin peak.. insyaallah nanti boleh datang lagi. Semua orang boleh naik sini. Yang penting jangan buat sampah ja. Kalau nak buat jugak sendiri angkat turun.. Orite..?
sedikit info tentang pendakian kali nih:
* puncak Pine Tree - 1448 m
* puncak Twin Peak - ?
* trek length - 12 km (pergi balik Pine Tree + Twin Peak)
* duration - 8 hrs
* banyak burung2 rare. Antara yang sempat kami skodeng ialah aktiviti burung belatuk menebuk batang kayu
Mengemas selepas sarapan |
Starting Point |
Ada bulu2 |
Twin Peak |
Lunch Pack |
Mengkira. |
ulat atas kulat |
tangga yang fuhh fuhh.. |
Pokok terbelit |
TEBING TINGGI BACKPACK
ReplyDeleteMOUNT GUIDE SERVICE
ALL OVER FREASER HILL
ANDY 017-9997790
next month hiking. next week hiking kat CBL terengganu =D
ReplyDelete