Saturday, January 19, 2019

Ambang Merdeka Gunung Lambak bersama JGL Hikers

Tanggal 30/8/2018 tengah hari aku dan Abang Asrul gerak dari JB ke Kluang. Tapi sebelum tu kami singgah ke rumah Boy di Kulai untuk ambil Boy dan saudara Ijad dan tukar kereta(kereta Boy) yang lebih sedap dan lebih rasa kacak jika jalan jauh. Hehehe.. Setelah selesai proses penukaran kami gerak semula ke Kluang ikut Bandar Tenggara. Kononnya nak elak jem highway. Nah sekali kat Kulai Jaya pun dah jem. 

Dekat situ pun buang masa banyak dah. Mengikut tentatif kami nak meet-up dengan group JGL hiker dikepalai Azy di kaki gunung jam 8.00malam.. tapi pukul 7ptg masih kat dalam hutan sawit lagi. Kami singgah solat maghrib dan makan di hentian Bandar Tenggara. Aku pekena sup daging dengan nasi putih kat situ.Memang padu sup dia.. tak sampai 10hinggit sekali minum.Pukul 8 baru gerak dari situ dan lebih kurang 8.20 sampai di kaki gunung.

Setibanya di kaki gunung terus register, sedikit strecthing dan mula naik kira-kira jam 9 malam ikut trek belakang toilet. 

Sampai di papan tanda selamat datang gunung lambak kami bergambar kenang-kenangan. Kemudian meneruskan pendakian secara santai. Trek dia senang sebab clear dan ada marking. Follow ja marking inshaallah sampai.

Kira-kira jam 11.30 kami selamat sampai di puncak. Dan detik ambang merdeka jam 12 malam kami beramai-ramai menyanyikan Negaraku. Rasanya last sekali aku nyanyi masa form 5 kot, nasib baik lah masih ingat lagi. Huhuhu. Kebetulan ada birthday boy, jadi kami tak melepaskan peluang makan cemei disamping kacang shandong dan kopi Wonda bekalan aku bawak.

Malam itu jugak hampir 90% turun semula tapi aku, abang Asrul, Boy dan Ijad memang taknak turun seperti dirancang. Dengan sedikit teknik malu-malu tapi mahu saudara Ijad berjaya mendapatkan ground sheet (cemei jugak) dari brader JGL. Kalau tak silap Min nama dia.

Bermodalkan ground yang cemei tadi, kami membuka port betul2 di campsite puncak gunung. Situ boleh lah kalau nak buat 2-3 tent. Kami dan kawan2 baru berborak skit2 malam tu kemudian tidur macam udang dek kesejukan. Berdasarkan temperature instageram suhu 21 degree. Tapi aku syak lebih rendah lagi sebab temperature tu yang bawah punya bukannya kat peak.

Sesubuhnya seorang apek yang baru sampai puncak pagi tu terhenti di hadapan camp site kami dan senyap. Mungkin dia ingat ha nun ta wau kot..mau taknya Ijad dah selimut habis dari bawah sampai atas.hahaha..Lepas kami tegur apek tu baru lah dia pun tegur balik dan terus jalan ke puncak.

Sunrise? memang tak nampak sangatlah sebab terlindung pokok-pokok. Tapi adalah sikit view point dia. Kira bolehlah kan kalau dah lama tak layan view gunung pagi-pagi. Selesai layan view pagi dan sedikit bergambar acah-acah pro kami semua pack semula barang dan turun ke kaki gunung. Memang ramai pagi pagi tu sepanjang trek. Mungkin sebab public. Nasib baik lah aku dan kawan2 tak naik siang.

Selepas breakfast dan ngeteh kami bergerak pulang ke JB. Inshaallah ada kelapangan boleh repeat lagi. Waze sahaja Hutan Lipur Gunung Lambak kompom sampai.

Tempat wajib bergambar kalau ke Gunung Lambak

Sorry girls not available anymore ^_^

I love Malaysia



Layan view dan awat karpet manja2

Geng tak mandi pagi :p


On trek turun


spesis terancam yang wajib ampa tau. hahaha

Ok tq for reading. Babaii...

 

No comments:

Post a Comment