Thursday, June 26, 2014

Mendaki Gunung Ledang

Kali nih nak share skit pengalaman naik Ledang baru-baru ni. Trip aku ngan Geng-Kaki Panjat GKP dikepalai Ezanie atau E. Kalau x silap 29 orang kot budak2 naik termasuk aku

25 Mei 2014

3.00.am -  Tiba di RNR Ayer Keroh. Terus cari surau topup tidoq sikit sementara tunggu budak2 lain sampai.

Seperti yang tak dirancang, Jam 7.00 pagi baru lah gerak ke Tangkak.

Setibanya di kaki gunung terus prepare barang daypack dan declare barang di pintu masuk. Kemudian sesi taklimat lak dari brader guide. Kami mengikut laluan Lagenda Trail yang merangkumi 7 check point.






9.00 am  - Start mendaki, sebelum nak sampai ke 1st check point (CP) memang terbaik, disajikan dengan Tangga Mahligai kalau tak salah ada lebih kurang 700 anak tangga, hehehe mmg terbaik. Tapi tangganya tak se-hardcore tangga di Twin Peak. Cuma dia banyak sikit saja dan agak mendatar.

lebih kurang 30 minit kemudian tibalah di CP1, Bukit Semput.

1st waterpoint

kat dlm Gua Kambing

sejurus keluar dari Gua Kambing

Dan dipendekkan cerita jam 2.00 ptg camgitu sampai ke puncak.. Kesimpulannya bagi aku paling hardcore di sini ialah semasa menuju ke CP KFC dan ketika main tali di Batu Hampar.

Kat Batu Hampar ni rasanya dlm 80 degree memang kena fokus step ngan pegang tali. Silap2 hari bulan mmg kegaung.








Dari Kem Botak menuju ke puncak


 

Rilek2 sap kok dengan Pait Gunung

antara GKPians yang menjaya trip kali nih.Tahniah2. Hehehe

Setelah setel topup perut, lepak2 dalam stengah jam cam gitu kami gerak turun sebab didesak brader2 guide suh cepat..Kalau x kerana abang guide mmg pakat tak turun lagi budak2 ni..

Time turun aku cadangkan ampa singgah kat waterpoint,  air dia sejuk  dan waterpoint tu mmg cun dan comei. gambar aku tak sempat ambil lak memandangkan aku yang paling belakang time tu. 

Lebih kurang jam 6.00 ptg sampai ke starting point.Berkumpul mandi...setel apa patut dan kemudian bersurai.

Bagi aku Ledang view memang best, rugi kalau ampa tak naik sinih.

11.00 pm - sampai di Shah Alam

-THE END-


No comments:

Post a Comment