Wednesday, February 24, 2010

Bihun Sup Utara

Hari ni kelas abeh awai..pukui 12.30 dah abis. Kalau nak ikutkan nak balik terus pun boleh. Namun begitu, aku cuba membuang sikap sebegitu kerana buruk padahnya kalau aku balik time2 tu..Silap-silap boleh menggugat kesihatan aku dan unicorn silver kesayangan aku tu. So aku mendapat idea untuk siapkan assignment ngan rakan2 seperjuangan aku.(mula2 plan mcm ramai.last2 2 org ja!) dan hasilnya..sungguh hampeh..dek kerana nafsu masing2 melayan perasaan berlandaskan FB. Dah dapat bahan serba sedikit kat library maka aku pun chow..

Ketika hampir sampai di persimpangan Kg Abdullah Hukum, nak dijadikan cerita.. aku teringat ada banyak warung-warung misteri bagaikan misteri udang disebalik mee di Kg Pantai Dalam yang terletak hadapan sikit dari Kg Abdullah Hukum(kalau dari Bangsar).Untung2 leh gak aku kenyangkan perut aku petang ni secara tak langsung dpt melupakan seketika beban assignment dan test. Lantaran itu, aku ubahkan setting auto-pilot unicorn aku tu kepada manual.you go straight n dont belok2..(ada bakat dak jd tourist guide?) Sampai saja Kg Pantai Dalam..Usha2 warung.. Pastu aku ternampak kat satu kedai ni. Bihun Sup Utara. perghh..peveret2..apa lagi.teruih aku masuk p order.

Rasa:Sedap.Original sup utara.tak macam sup meletup Tasik Permaisuri Cheras (ajinomoto lebih)
Harga:RM 3.00++ (thanks to brader TNB kerana menyetelkan bil sup aku, Adzmi nama dia,org Teluk Intan)
Kuantiti: tak pasti
Kandungan: Bihun kuning,daun sup,bawang goreng,air cili/ayaq cabai,daging lembu
Kekenyangan: 4x sendawa/belehak

menurut brader TNB tu lagi..lokasi asal warung sup ni ialah kat wisma mutiara,jln maarof.tapi la nih dia pindah atas sebab cabaran ekonomi global yang tidak menentu sejak dua menjak ni.siapa sangka..kerana ekonomi dunia,pengusaha sup utara pun turut terjejas.ketika mahu pulang aku sempat babai2 manja kat brader TNB tdi tu."waa chow dulu bro.."Pastu selang 2-3 kedai lgi,tiba2 aku ternampak satu warung lagi meletakkan Yong Tau Foo cucuk(saiz agak besaq jika dibandingkan ngan area BB/uptown Danau Kota)Insyaallah nanti aku try.

p/s:to BMJ a.k.a kak Anip http://bawangmerahjambu.blogspot.com/..ok la kan buh pasai makan..?takkan nak buh pasai awek lak.awek tadak =(

Monday, February 22, 2010

Cabaran Politik Malaysia

Oleh KASSIM AHMAD

Politik di Malaysia kini kecamuk. Pakatan pembangkan yang memenangi dan menguasai lima negeri telah menampakkan apa yang kita sudah ketahui iaitu ketiadaan asas satu gabungan yang kukuh dan mantap.

Mereka sendiri sebenarnya tidak menyangka akan menang begitu besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Kemantapan dan kelangsungan pakatan pembangkang itu diselubungi tanda tanya. Idealisme yang bertanggungjawab bagi perubahan itu tidak boleh kekal tanpa realisme untuk melahirkan sistem yang lebih adil.

Mari kita selidik anasir-anasir yang bergabung untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum itu.

Pas asalnya serpihan daripada UMNO yang sudah berubah dari satu pimpinan yang progresif di bawah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Dzulkifli Muhammad dalam dekad-dekad 50-an dan 60-an melalui 'Islam Melayu' di bawah pimpinan Asri Muda kepada pimpinan yang konservatif iaitu agresif dan jumud di bawah 'pimpinan ulama' acuan Iran sejak Yusof Rawa mengambil alih pimpinan Pas.

Oleh kerana pandangan hidup mereka bertunjangkan akhirat, yang makna sebenarnya kabur dan mereka sendiri tidak tahu, maka tidak ada konsep dan dasar perkembangan ekonomi dalam sistem mereka.

DAP pula sebuah parti demokratik-sosial yang didominasi oleh kaum Cina dengan dasar cauvinis 'Malaysian Malaysia' warisan PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Jika mereka berkuasa di peringkat pusat, maka Perlembagaan kita akan mereka ubah dan banyak dasar akan bertukar. Huru-hara akan berlaku. Kita katakan ini bukan untuk menakutkan rakyat Malaysia kepada pemerintahan DAP. Kita mahu melihat DAP mengubah ideologi dan dasarnya supaya lebih sesuai dengan realiti hidup bermasyarakat majmuk di Malaysia.

PKR pula lahir daripada 'gerakan reformasi' Anwar Ibrahim yang telah disingkir dari jawatan Timbalan Presiden UMNO. Gerakan reformasi itu menarik pelbagai aliran ideologi yang mahukan perubahan, termasuk anasir-anasir sosialis yang berpecah dari Parti Rakyat. Ia bergantung kepada karisma Anwar Ibrahim tanpa suatu ideologi perjuangan dan dasar yang jelas dan kukuh.

Gabungan 'cacamarba' itu bukan tidak boleh berkembang menjadi kukuh dan kuat, tetapi ia memerlukan lebih daripada karisma seorang individu dan tempelan serpihan satu sosialisme. Ia memerlukan rumusan sebuah falsafah politik nasional yang boleh menyatukan rakyat Malaysia dan mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang lebih baik.

Dalam pada itu, kemampuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bangkit semula masih belum jelas. Penyakit UMNO iaitu 'politik wang' adalah sebenarnya rasuah, pembaziran, pimpinan elitis yang terpisah daripada rakyat, suatu bentuk hegemoni.

Soalnya, bolehkah UMNO mengubati kesemua penyakit itu? Pimpinan baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan sedikit harapan. Jika beliau boleh mengikut jejak langkah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, pimpinannya mempunyai harapan yang cerah. Cogankatanya '1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' menarik dan sarat dengan makna dan kemungkinan.

Namun Najib menghadapi cabaran yang lebih besar daripada bapanya, kerana kemerosotan UMNO yang teruk dan krisis ekonomi dunia yang parah sekarang. Beberapa daya usahanya yang mengutamakan golongan miskin memberi sinar baru.

Amalannya 'pergi kepada rakyat' menggalakkan, tetapi beliau kena mengelak pembaziran seperti yang ditunjukkan dalam lawatannya ke Melaka, baru-baru ini. Malah beliau kena memberi arahan yang jelas dan tegas supaya kerajaan pimpinannya bukan sahaja menolak tetapi mahu menghapuskan pembaziran, baik dari segi wang atau guna tenaga. Pembaziran suatu daripada bentuk penyelewengan besar yang meruntun masyarakat kita ke bawah.

Pada dasarnya, hanya ada dua jenis politik dalam dunia ini iaitu politik puak humanisme yang berjuang untuk melaksanakan keadilan, dan puak oligarki (segelintir) yang menekan massa.

Kita tentu tahu sistem politik mana yang kita mahu. Kita mesti ada suatu falsafah politik nasional yang boleh mewujudkan sistem ini serta mendidik rakyat kita untuk mewujudkannya.

Falsafah ini mesti merangkumi semua aliran politik nasional dalam negara kita, iaitu nasionalisme Melayu, nasionalisme Malaysia, kerajaan yang adil berdasarkan permuafakatan nasional, dan internasionalisme dan humanisme yang tulen.

Sistem dwi-parti (kerajaan dan pembangkang) lahir dari sejarah Eropah yang tidak sama dengan sejarah Dunia Ketiga (yang kena jajah). Oleh itu, seruan supaya kita mewujudkan dwi-sistem (sistem dua parti) harus dicurigai. Sistem BN lebih mirip kepada sistem nasional yang kita sebut dan yang lebih sesuai dengan sejarah dan tradisi politik Dunia Ketiga.

Kita ambil iktibar dari politik Pas kini. Seperti yang telah kita sebutkan, Pas asalnya serpihan dari UMNO dan telah melalui tahap politik progresif di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin, politik keMelayuan di bawah pimpinan Asri Muda, dan politik 'pimpinan ulama' acuan Iran sejak Yusof Rawa memegang tampuk pimpinan hingga hari ini.

Oleh kerana kumpulan ini tidak mempunyai dasar ekonomi-politik yang boleh membangunkan rakyat, Kelantan yang mereka tadbir tidak boleh maju dan ketinggalan di belakang. Sekarang di dalam pakatan pembangkang, masih tidak jelas apakah dasar ekonomi-politik mereka. Kerjasama dengan DAP mengharuskan mereka menyokong dasar cauvinis parti itu. Keresahan timbul sekarang dalam Pas supaya mencari perpaduan dengan UMNO untuk mempertahankan Islam dan kepentingan orang Melayu.

Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mahathir, oleh kerana rakyat kurang percaya kepada parti-parti politik, baik kerajaan ataupun pembangkang, maka timbul badan-badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan yang lebih aktif menyuarakan hasrat dan cita-cita rakyat. Kelemahan NGO itu jelas, iaitu ketiadaan ideologi yang sama dan hanya wujud sebagai kumpulan pendesak yang tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.

Kecamuk politik di Malaysia sekarang, dari satu segi merupakan refleksi kecamuk politik dunia. Kuasa-kuasa besar yang menguasai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu mengongkong Iran daripada menjadi kuasa nuklear.

Dahulu mereka takut Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein menjadi kuasa nuklear yang mengancam kewujudan anak emas mereka, Israel. Aneh dan malangnya pada waktu itu, Iran bersekongkol dengan Barat untuk menghapuskan Saddam Hussein. Berjaya dalam strategi itu, Barat sekarang menghadapkan kemarahannya dan ketidakadilannya kepada Iran pula. Akan berlakukah satu peperangan besar? Perang nuklear yang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel di satu pihak, dan Iran dan sekutunya, di pihak lain?

Seperti di dunia antarabangsa, kecamuk politik kita boleh mengundang bahaya besar. Satu malapetaka besar semacam '13 Mei' atau lebih buruk boleh berlaku jika kecamuk politik ini berterusan.

Menjadi tugas besar Najib dan pimpinan UMNO-BN, termasuk para pemimpin dari pakatan pembangkang yang rasional untuk duduk semeja serta merumuskan satu falsafah politik nasional Malaysia yang lebih kukuh dan mantap bagi mengatasi kecamuk politik itu serta membolehkan Malaysia terus maju ke hadapan. -utusan malaysia

Apakah nasib kita di masa depan..?jangan sampai pihak luar campurtangan.. Wallahhualam..

Friday, February 19, 2010

Tomyam Puteh

Menu T/Hari Ini: Tomyam Puteh Campoq+timun sambal blacan a.k.a ayiaq asam+pisang(free)+jus belimbing+air suam=RM 8.20

Lokasi: Veechuda Tomyam, Kota Damansara

Tomyam dia mmg best..harga pun berpatutan..nak parking pun senang..(siang.mlm2 taktau la). tempat duduk pun luas n selesa..masuk ni dah 2x aku makan tomyam tu.last skali awal taun lepas kot..tapi rasa still maintain.cayalah..

Sunday, February 14, 2010

Yong Tau Foo cucuk2 vs Lok Cin ?

Boring punya pasai..aku roger member-member kampung aku untuk keluar melihat gelagat masyarakat setempat di malam hari. Dah lama tak jenguk2 suasana malam. Brader Anip awal2 lagi dah mengenselkan program atas sebab munasabab yang lapok.
Kebetulan pula..brader Kelvin mmg nak keluaq ngan brader Faizul(baru sahaja sampai di S.Alam sempena cuti tadikanya). Memang payah nak set tempat ngan brader Kelvin ni.. Tempat len tamau..nak BB ja. So aku pun setuju sebab dekat ja ngan aku.Hahha sori geng.Aku dah offer nak gi sana depa lak tamau.
Oh ya, sebut saja BB..aku dah terbayang-bayang Yong Tau Foo lidi a.k.a pugheh...
Assignment hari2 buat tapi tak siap2 lagi,movie aku baru layan 20 minit dan fesbuk kesayangan terpaksa ditinggalkan demi kebajikan rakan-rakan seperjuangan. Sampai saja disana aku terus park unicorn silver aku berdekatan kedai Yong Tau Foo untuk memudahkan urusan jual beli dan melahap. Malangnya aku mendapat panggilan mengatakan brader-brader kita tadi tu dah pegi men kuda kat equestrian park kat bukit kiara.haahaha.
Berbalik kepada topik Yong Tau Foo tadi, aku membandingkan dalam benak kepala otak aku..Yong Tau Foo lidi cucuk2 dengan Lok Cin Thailand punya mana berbaloi lagi. Berlandaskan konsep yang berbeza..kalau Yong Tau Foo direbus..Lok Cin lak dibakar.. Dari segi  harga lak Lok Cin Rm1.50..besaq lak tu. yang ni RM1 tapi alahh..kecikk. So pendapat aku Lok Cin lagi berbaloi-baloi. Pekena 3 cucuk saja dah cukup untuk perut bekapasiti sederhana cam aku.hehh.
Sementara tunggu depa sampai..makan dulu la apa lgi.. aku nak makannnn!!


                                                   Yong Tau Foo cucuk2 / lidi
Sedikit sebanyak pasai Lok Chin menurut pengkaji dan peneroka makanan partime......
http://peristiwasemalam.blogspot.com/2010/01/lawatan-sambil-belajar-padang-besar.html
~~GONG XI FA CHOI TO ALL CHINESE~~ 




Tuesday, February 9, 2010

Tol percuma, diskaun!

*Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
* PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.
* 15 lebuh raya lagi menawarkan diskaun tol antara lima hingga 20 peratus pada 14 Februari. 10 lebuh raya menawarkan diskaun pada 14 Februari bermula dari pukul 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari. -utusan

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/tolls/Article

Berhati-hati di jalan raya..Selamat memandu..ingatlah org2 yang tersayang mahu pun yang anda tak sayangi sekalipun..

Friday, February 5, 2010

Adnan Sempit



Sekian lama tak mengikuti wayang, petang tadi sempat mencuri sedikit waktu p tengok wayang..Dah lama tak tengok..atas faktor kesibukan masa dan juga faktor lokasi.

Mula ditayangkan 14 Jan 2010.. Filem komedi lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana arahan Ahmad Idham ni memang boleh tahan. Satu perkembangan positif apabila filem ini telah mencapai kutipan 500k pada hari pertama tayangan bersamaan 611,119 penonton..Tak mustahil filem ni leh capai target dia. 1juta penonton.

[http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MeAdnanSempitkejarsejutapenonton/Article]

Filem ni bagi aku lawak dan tak mengantuk. Selalu kalau aku masuk pawagam mesti ngantuknya sebab gelap.Haha. Tapi kalau ada Pie dalam cerita ni lagi lawak. Apa-apa pun tahniah untuk warga Adnan Sempit. Juga tahniah untuk para penonton yang mula mempercayai filem tempatan. Macamni baru lah 1Malaysia..

Rate untuk filem ni 3.59 dari 5.00 bintang

Thursday, February 4, 2010

ERL Free. Hampa Cepat Hampa Dapat!

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulang tahun kelapan, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengagihkan 888 tiket percuma dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi perjalanan sehala dari 6 hingga 28 Februari ini sempena Tahun Baru Cina dan kempen Selamat Balik Kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, berkata tiket terbabit mula diedarkan semalam dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di kaunter ERL di KL Sentral berdasarkan siapa cepat dia dapat.


Beliau berkata, tiket tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit mula diagih selama dua jam dari jam 10.30 pagi semalam di kaunter pendaftaran ERL dan boleh juga didapati dengan melayari laman web www.KLIAeskpres.com. -metro

Wednesday, February 3, 2010

Nasib Ku

Tepat jam 8.00 malam semalam.maka selesailah sudah kelas yang dihentikan serta merta setelah semua student takleh blah lagi. Lantas dengan itu classmate2 aku cabut hilang bak halilintar memanah pokok kelapa. Pelik gak aku depa ni. Kalut nak p mana tah. Tadi dalam kelas siap dapat "wahyu" lagi. Selesai solat maghrib. Aku dan rakan2 Apiz dan Khairi(bukan nama sebenar) membuat keputusan drastik untuk singgah di gerai kg baru untuk mengembalikan keboroyan perut masing2.namun ketikaku turun dengan semangatnya ke parkir motosikal..pihak pengurusan parking meninggalkan notis.Last Warning..kerana dek sikap acuh tak acuhku meletak motosikal umpama singgah menyantap di warung roti canai.namun tika saat itu.. satu lagi benda helmet kura2 ku hilangg!arghh..


Esoknya pula di pagi hari 03/feb/2010 aku dengan yakinnya melangkah ke parking moto hostel blok 10(sebelah stadium hoki DBKL).sedikit bnyk pasai hostel blok 10 ni menurut khabar angin yang tidak ketahui sumber dan kesahihan merupakan bekas asrama yang "keras" yang dahulu kalanya pernah menjadi kediaman siswi. tapi alhamdulillah stakat sebulan aku duduk sini semuanya ok lagi.ya berbalik kepada parking moto tadi..aku memerhatikan stiker rempit kat moto yamaha ego sbelah..cantik gak.teringat balik masa stiker aku hilang dulu masa post moto guna skynet kat pndn indah.stiker pun nak curi ka.brapa duet la sangat stiker tu.kalau curi helmet kura aku pun kira ok lagi la.iskk..tiba2 dada ku bedegup kencang.something wrongg..yaa..ku toleh ke depan,blakang, kiri dan kanan..fulaweii mmg terer aa penyamunn!respek aa lu.. kali ini stiker aku ilang satu lgi.Hampehh!!! sayang woo..aku pakai stiker ni dari zaman moto aku edisi kuning EK lagi..kaler ja la EK. nak pakai kereta tak mampu lak kan.tapi bila difikirkan balik.biarlah..mungkin rezeki mereka. Tuah ayam di kaki..tuah manusia siapa yang tahu..



Gambar ni di ambil pada 10 Jun 2007.