Sunday, March 28, 2010

Bolehkah Ampa Idup Tanpa Mapley?

Mapley..sebut saja mapley pasti anda terbayangkan kedai-kedai mamak yang menyajikan pelbagai jenis makanan untuk dibelasah. Mapley mmg ada dimana-mana sahaja.. Ianya bersifat flexible..disertakan dengan servis kelam-kabutnya yang cepat dan gaya eksyen mereka yang tersendiri..cuma kat kampung aku ja mapley masih tak berjaya monopoli lagi bisnes depa kat sana dek kerana pukulan nasi ganja dan morning market Perlis yang lagik mengancam dan menambat hati sesiapa sahaja. Mak Jah(bukan nama sebenar) warung depan ostel aku ni pun leh bankrap kalau dia nak lawan nasi ganja sana. ahah Mak Jah jgn marah naa kalau tebaca kat cini..

Setuju atau tidak, hakikatnya mapley ataupun dalam bahasa melayunya sebenarnya bermaksud abg ipar..kalau anne lak abang..so jangan tekejut kalau ada dikalangan awek anda memanggil anda anne.ahaha acah saja. Kenapa aku terpanggil untuk mengutarakan topik ini..?

Untuk pengetahuan ampa semua..baru2 ni aku baru ja keluaq ngan saudara Anip,Afiq dan Jatman. Perancangan awal nak p men boling terus kat OU. Tapi memandangan perut Afiq dah mula wat hal bekeroncong tak tentu hala irama cam hapa ntah..so kami pun lajak la sikit ke mapley Nasi Kandaq Padang Kota kat Kota Damansara..

Pastu terus p Ou..p ou boling tutup lak..hampeh..P Sunway..pukui 8 baru nak leh main..lagi hampeh.. Bebai dengan keadaan sebegitu..masing-masing sebulat suara untuk p makan lagi.. Pilihan seterusnya ialah Hairun Maju di Kelana Jaya..mapley jugak

Pastu malam keluaq lagi.. Setelah menghubungi saudara Afiq yang baru sahaja selesai mensmashkan perut rakannya..kami planning p lepak kat Suzi's Corner, Ampang. Yang ni aku tak pasti la.aku rasa pure punya tamil naddu kot..tu pun aku mula perasaan masa p bayaq kat kaunter..siap ada patung budda lagi..brader yang jadi cashier tu pun pakai rantai yang menambahkan lagi seri wajahnya..pekerjanya pun aku perasaan ada calit kapoq kat dahi dia.. Damn man! Apakan daya..dah masuk perut dah makanan depa n sebelum tu memang aku dengan konfidennya telah membelasah roti john sebijik. lepas ni kalau p situ mmg aku nak order air soya ngan makanan sebelah dia ja(Melayu)

Agenda Hu Ha Hu Ha berterusan lagi. Kali ni p downtown lak. Walaupun agak keletihan..kami meneruskan jua dek kerana ingin melihat Arnab Angora yang comel lote seperti yang diwawarkan oleh saudara Kelvin..Selesai menawaf downtown yang berkeluasan kira-kira 3km persegi itu..kami p minum lagi. kat port lama aku lak.. ABC Maideen, Shamelin Perkasa. ni pun Mapley jugak

Persoalan utamanya..boleh ka kita hidup tanpa mapley..?tanpa pelbagai menu mereka dan teh tarik yang menggamit-gamit di dalam mimpi itu..beratus-ratus jenis roti dan kas-kas yang mereka guna untuk masakan nasi goreng dan megi goreng telur mata mereka yang berhantu itu? Kadang-kadang aku tak pasti depa ni Islam ka apa ka..benda ni salah satu isu yang harus kita titik beratkan. Sbb dalam Islam pun mmg ditekankan bab pemakanan.. Bayangkan tahfiz takkan memakan asamko mahupun asam mengkai sekali pun..Aku takmau cakap banyak lagi. sebab ampa semua pun pasti paham sebab benda ni dalam Pendidikan Islam kat sekolah menengah pun dah diajaq.. Harap lepas ni cop halal bukan saja ada kat ramlee burger/kfc serta beberapa kopitiam yang baru saja mendapatkn lesen halal dari Jakim, kat mapley pun kena bubuh jugak..Tahap kebersihan juga kena pantau dari semasa ke semasa.. Wallahhualam..

kat sini ada sikit banyak review pasai mapley oleh saudara Anip sebagai rujukan kita bersama

Wednesday, March 24, 2010

Arena MPPJ SK8 Park

Bila sudah malas..nak update blog pun bukan menjadi keutamaan lagi..malah atas rasa tanggungjawab, memberi tumpuan komitmen terhadap pembelajaran,kesihatan mak ayah di kampung dan tahap kesihatan kucing di warung Pak Abu telah menjadi satu nas-nas yang perlu dipertimbangkan. Namun demikian, dihujung minggu lepas..hari sabtu lepas..aku dan rakan skate tetap aku..(Pa An) sempat juga menggedukkan diri untuk pergi meriadahkan diri di Arena MPPJ skate park. Terletak di hadapan Hospital Assunta PJ yang bersebelahan dengan Gereja Katolik, memudahkan lagi skater-skater di seluruh pelusuk ceruk dunia untuk mencari skate park ini.

Bila dah sampai.mudah saja.bukak gate sendiri..tulis nama ngn ic kat dlm buku kehadiran.nak men pingpong ka..taekwondo ka..futsal ka..pree of charge(utk skate.len2 tak pasti).nak masuk kelab rakan muda pun pree.

Skatepark yang seluas kira-kira 3 relung ini bersamaan dengan luas kebun arwah tok wan aku ni bukan sahaja meletihkan aku..malah telah mencabul kehormatan aku..tak pasai2 aku cium lantai..adehh..dah dapat ulser mulut. Tatapi..yang menghairankan..kenapa sikit sangat org men kat situ.4 org ja temasuk aku yang men..menurut seorang brader mountain bike yang mencuba suspensionnya systemnya di skate park tu..katanya ramai yang dah p men kat park Shah Alam.tapi ok la.tak malu sangat sbb aku kerap jatuh.haha.

Overall komen aku skate park ni sesuai untuk penggemar-penggemar obstacle yang bersaiz bapak gajah dan juga kaki-kaki ollie yang gemar ollie melepasi basikal buruk atok depa.

Lepas ni target aku nak p usha skate park Mount Kiara lak..nantikan





Sunday, March 14, 2010

Taman Paramount Skate Park

Akhirnya sempat juga aku menjejakkan kaki di salah sebuah skate park yang aku teringin nak p sejak kecik lagi. Sebelum ni aku hanya tengok dari atas tren ja. Dari atas nampak kecik. Ingat kot sebab tinggi. Rupa-rupanya memang kecik bila dok bawah pun. Ceh. Tapi bagi aku memang ok la untuk beginner cam aku ni. Skate park Taman Paramount sebelah stesen LRT Taman Paramount ataupun lebih dikenali sebagai skate park pencawang.btui2 dok bawah pencawang.risau lak aku kot kena karan.heh

Perjalanan untuk kesitu saja memakan masa kira-kira 30 minit dari Bangsar dek kerana keangkuhan aku tamau nek tren.malu kot kalau nek tren bawak deck.market sangat. Aku pun pelik jugak taman paramount tu.tgk dalam GPS tadak pun. nak bukak wikimapia lak intenet slow. Mau tak mau..aku ngan Pa An(budak multimedia unikl) bingkas bangun lalu menuju ke destinasi yang dinanti-nanti. Berberbekalkan prinsip ikut gerak hati,keyakinan diri yg tinggi dan mengikut kabel pencawang elektrik..kami tiba jua akhirnya.. bleh dikatakan kami hampir-hampir sesat. Mula-mula lalu kot jirat Cina..pastu jumpa Taman Sea. tatau lak Sea ada taman. yang aku tau Sukan Sea ada la.bukan itu sahaja cabaran yang kami lalui..malah tepaksa memandang sebelah mata dengan beberapa ketul taik-taik anjing. di lorong-lorong gelap.



Memandangkan taman paramount tu terletak kat tanah tinggi.. Time nak balik lak kami ikut prinsip bentuk muka bumi..

Komen untuk skate park ni mmg best la..budak2 situ pun semua cool.. pasni nak menjelajah ke skate park Arena MPPJ lak. check it dout!

Sunday, March 7, 2010

Program Kerjaya Sempena Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaaan 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi akan menganjurkan Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12-14 Mac 2010.

2. Antara pengisian program ini ialah Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka bertempat di Bilik Mawar, PWTC yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat bidang kerjaya yang sesuai untuk diceburi disamping berpeluang menghadiri sesi temuduga terbuka untuk menjawat jawatan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian seperti Intel, Mesiniaga, Scicom, NAZA, Celcom Axiata, Public Mutual, Sony EMCS, RapidKL, Perodua, PROTON dan sebagainya.

3. Selain daripada itu, terdapat juga sesi ceramah mengenai Tips Menghadapi Temuduga dan Teknik Penulisan Resume yang akan disampaikan oleh beberapa wakil dari industri pada 13 dan 14 Mac 2010.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput saudara/saudari untuk berkunjung ke tapak pameran pada tarikh tersebut. Kehadiran saudara/saudari amatlah dialu-alukan.

5. Bersama-sama ini disertakan risalah Karnival Pendidikan MARA 2010 untuk rujukan pihak saudara/saudari.


6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada Puan Marlina Alias Ali di alamat emel ini atau di talian 03-26915111 samb. 1303.


Sekian, terima kasih.


Salam Sejahtera,

Wednesday, March 3, 2010

Kena perangat enjin Kereta ka pagi2?

Artikel ni aku dah penah baca..kira kira 28 purnama yang lepas..alhamdulillah setelah aku tak panas kenderaan aku start aku baca artikel ni...kenderaan aku still lagi maintain...Terpulang lah kat ampa nak ikut ka tak..

Versi asal artikel ni menggunakan perkataan "gua"..tapi brader dari blog mana tah ni dia org Temerloh kot..dia gantikan dengan perkataan "koi". Tapi isi kandungan still sama..

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.
Koi syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Koi ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top. Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap koi, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian koi dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk koi start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa koi pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk koi masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa koi pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Honda Oddyssey kegemarannya.. Kemudian bila koi dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, koi pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya koi tak buat. Sebab koi ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni? Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah? The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? koi rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja. Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus. Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya. Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat. Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun koi tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar? Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)? Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup. Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global. Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?