Sunday, March 7, 2010

Program Kerjaya Sempena Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaaan 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi akan menganjurkan Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12-14 Mac 2010.

2. Antara pengisian program ini ialah Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka bertempat di Bilik Mawar, PWTC yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat bidang kerjaya yang sesuai untuk diceburi disamping berpeluang menghadiri sesi temuduga terbuka untuk menjawat jawatan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian seperti Intel, Mesiniaga, Scicom, NAZA, Celcom Axiata, Public Mutual, Sony EMCS, RapidKL, Perodua, PROTON dan sebagainya.

3. Selain daripada itu, terdapat juga sesi ceramah mengenai Tips Menghadapi Temuduga dan Teknik Penulisan Resume yang akan disampaikan oleh beberapa wakil dari industri pada 13 dan 14 Mac 2010.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput saudara/saudari untuk berkunjung ke tapak pameran pada tarikh tersebut. Kehadiran saudara/saudari amatlah dialu-alukan.

5. Bersama-sama ini disertakan risalah Karnival Pendidikan MARA 2010 untuk rujukan pihak saudara/saudari.


6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada Puan Marlina Alias Ali di alamat emel ini atau di talian 03-26915111 samb. 1303.


Sekian, terima kasih.


Salam Sejahtera,

No comments:

Post a Comment