Saturday, December 18, 2010

Bercuti-cuti

Benarlah kata bidalan, manusia takkan pernah puas. Bila keja rasa cam belajaq, bila belajaq rasa cam nak cuti. Bila cuti, rasa teringat kat kolej.. Bila kat kolej rasa nak cuti.Begitulah kitaran kitaran hidupan semenjak dari dalam perut lagi. Apa-apa pun syukur Alhamdulillah atas nikmat dan rezeki kurniaanNya..Aminn..



(gambar diatas hanyalah ilustrasi semata-mata)

Wednesday, November 17, 2010

Balik Kampong Edisi 2in1

Balik kampong 2in1? Mengapa mesti 2in1? kenapa tidak 3in1? 2 plus 1? mahupun hundred plus.

Sebabnya kalau hampa(kamu semua) nak tau aku balik kampong kali ni besempena cuti sem dan juga cuti Raya Haji.

Bermula jam 10.30 Perjalanan pada peringkat awal agak mencabar dek kerana hujan yang lebat. Mula2 wiper dok buat perangai.dia wipe pun macam tak ikhlas saja. Tetapi alhamdulillah..dengan nama Allah dan kuasaNya.. Wiper aku dah macam silicon wiper lah pulak. Hai pelik2..Dari situ aku paham ungkapan "dia bela tuan"(tak macam haruan makan anak)sepertimana yg sering diajukan saudara Hanif Harun.

Dipertengahan jalan,masuk area Ipoh.. cuaca pun dah ok. Cuma perut ja tak ok. Tanpa berlengah lagi, aku masuk RnR Tapah. Dalam perjalan pulang dari toilet aku ternampak satu situasi dimana Mak Cik Jah(bukan nama sebenar) marah kan anak dia. "Hissh mengarut la nak timbang tu pun sampai pat kupang ka?!" Apalah salah anak dia nak tau berat badan dia sendiri. 4 kupang ja.nanti dah obes baru la dok kelam kabut cari jusMate5. Niat hendak tolong. Tapi kat poket lak tak dak duit pecah(duit kecil).apakan daya takdak rezeki anak dia tu.

Bla bla2..hu ha hu ha..makan.. pastu sambung balik perjalanan..kereta pun tak berapa nak bnyk. cuma lori ja selalu wat taik(walaupun tak bawak taik). dah tau dah ada kereta dekat kalut(sibuk) nak potong sama2 lori jugak.



Gambar 1.0: Dashboard and nightview @ hway


Kira2 jam 3.30 pgi aku pun sampai ke kampung halaman. Alhamdulillah. Kali ni takdak pun aku nampak eksiden dan kejadian luar biasa. Pesanan kepada yang memandu..pandu lah ikut keadaan lalu lintas. Nak laju biar bertempat.. slow pun biaq betempat..Apa2 pun Selamat Raya Haji dan Selamat Bercuti.



Gambar1.1:Arrived at my hometown

Wednesday, November 3, 2010

Seri Murni @SS2 Vs Little Wok @Wangsa Walk


I Love You, I Miss You, I Kiss You.. bla bla.. lol :p

Ni bukan nak menjiwang karat atau menggatai.. tapi ni lah antara nama2 air kat kedai nih.memang pelik. tapi air dia sedap n memang bleh blah.


Chicken Chop Fried Rice
not bad ..
Rate 3.5 dari 5 star :)


Chicken Claypot Yam Set

Yang ni memang terbaik.. Harga pun berbaloi. Aku cadangkan sapa2 nak try claypot ni kena welding sikit lidah tambah pelapik tahan haba sbb claypot ni memang panas nak mampuih. mengelegak cam kawah gunung merapi

Rate:4.5 dari 5 star :))

Friday, October 8, 2010

Lawatan Sambil Belajar




Sesekali terasa rindu pula kat kolej lama. Baru2 ni sempat juga aku menjenguk kolej lama aku. Banyak jugak yang berubah. Taman perumahan ala2 townhouse dah siap satu fasa.. Warung ayaq nyoq kat stesyen UKM pun dah pupus. Lembu2 pun dah tinggai anak pinak saja. Len2 mungkin GMI dah amik antaq p German.

Apa-apa pun hidup GMI. Training for advance technology..kalau tak mungkin kerana GMI mungkin aku kat IMG *institute memandu gong badak..
(*ungkapan diatas hanyalah rekaan semata-mata.tiada kena mengena dengan penduduk gong badak)

Thursday, September 23, 2010

Telegram Buat Yoko



salahkah diriku
bila ku berkata

kau pendusta
kau salahkan diriku

silap ku anggap kau penawar
kau racun berbisa
kau racun fikiranku

ketara berbeza caramu
dengan caraku
kian berubah
kotornya/naifnya hidupmu
silap ku anggap kau cahaya
bidadari syurga

kau mungkiri janjimu

7 lautan sanggup ku renang
luas benua untuk ku rentas
selamatkan mahkotamu

dunia penuh dugaannya
jahat hasutan manusia
selamatkanlah dirimu…

Friday, September 17, 2010

Sunset @ Ladang Tebu Chuping, Perlis



The beauty that can not be expressed with words. Subhanallah..

Monday, September 13, 2010

Musuh Dalam Bonet

Sebelum ni aku memang tak penah bedendam ngan mamat nih. Sejak sem lepas lagi aku dah kasi can sama dia. Tapi kali ni dia memang melampau.. Dia buat hal lagi. Kesalahan yang sama lak tu.

Antara sebab-sebab aku hangin semacam ja ngan mamat ni.Mmg bikin gua panas btul:

1)Melepak tak tentu pasal di dalam enjin tanpa kebenaran. Hari2 aku kena check dulu takut2 satgi arwah lak. Tak pasai2 aku kena menjawab ngan parents dia.

2)Membuat bising di dalam lubang toilet tiap2 malam. Bunyi mcm org kentut pun ada. Kesannya bukan aku sorang. Satu family aku mengalami trauma bunyi kentut.

3)Berkelakuan sumbang di tempat awam.

4)Buat rilek memanjang. Aku sound pun tak reti-reti lagi buat dek ja. Nasihat pun tak makan.

ni ha mamat nih.ampa kenai dak?


Friday, September 3, 2010

Jom Balik Kampung


Raya datang lagi..Ramadhan pun dah nak abis..Keindahan suasana kampung menggamit-gamit kepulangan anak perantauan. Selamat menyambut Aildilfitri. Maaf zahir dan batin. Berhati-hati dijalanraya.

Wednesday, August 18, 2010

Berhenti Berharap

Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati

Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampe nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat

Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
ha… ha…

Aku pulang….
Tanpa dendam….
Ku terima… kekalahanku…

Aku pulang…
Tanpa dendam…
Kusalut kan .. kemenanganmu…
wow..

Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita..

Aku pulang….
Tanpa dendam….
Ku terima… kekalahanku…

Rebahkan kalbumu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua..

Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat..

Sunday, July 25, 2010

Dunia Tanpa Internet



Hidup tanpa internet memang satu penyeksaan..hidup segan mati tak mahu




sedikit petua untuk mengatasi hidup segan mati tak mahu

Sunday, July 4, 2010

The Amazing of Gunung Jerai

Kelmarin atau pun dalam bahasa KLnya semalam, buat pertama kalinya berjaya juga aku menjejakkan kaki di puncak Gunung Jerai Kedah. Kawasan peranginan yang tak asing lagi dikalangan orang kita. Orang asing saja yang taktau lagi.

Permandangan di puncak sana boleh dikatakan antara permandangan yang terbaik aku penah tengok sendiri. Sawah/bendang padi yang terbentang luas, langit membiru dan juga lautan pasifik pasti memukau siapa jua yang melihat.

Perjalan menaiki gunung setinggi 1200m ini memakan masa kira2 45 minit bersamaan dengan perjalanan dari Kangaq ke Aloq Staq. Kereta biasa pun leh naik.Kancil pun leh sampai..tak perlu susah2 nak sewa teksi apek genting. Namun untuk menjamin keselamatan dan keselesaan, family aku tanpa rasa bersalahnya memilih untuk menyewa van alford dengan bayaran RM10 satu kepala yang mana aku rasa agak cekik darah.



antara chalet yang disediakan

Thursday, July 1, 2010

Kasih Kucing Hutan

Kisah seekor kucing hutan yang ditemui di Kg Sena baru-baru ini mendapat perhatian ramai apabila hasrat murni seorang remaja untuk memelihara dan hidup bersama kucing tersebut telah dihalang oleh keluarga beliau atas alasan status dan taraf hidup yang berbeza. Khabarnya beliau tidak boleh berpisah walau sesaat dengan kucing kesayangannya kerana perasaan cinta yang mendalamnya ibarat Semerah Cinta Steletto.

Remaja tersebut, Paizo Japri(bukan nama sebenar) ketika ditemui baru2 ini enggan mengulas lanjut. Namun atas dasar kasih sayang, beliau telah membina sebuah pondok/gazebo diperbuat dari kayu jati khas untuk kucing hutannya yang diberi nama Poww Poww Poww.



Poww Poww Poww





Saudara Paizo yang terpaksa ditenangkan pihak media

Tuesday, June 29, 2010

Selamat Malam

(klik untuk layan lagu)

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

Tuesday, June 22, 2010

die lazy spraghezeich




mood:malas nak update

Wednesday, June 9, 2010

Laksa Sekoq!

Lazimnya..jika kita berkunjung ke kedai laksa, kita sering dihidangkan laksa yang kuahnya caiq cam kerak milo 'o'.

Namun kali ini lain pula ceritanya.. Laksa berserta seekoq ikan kembong/temenung.. Agak pelik didengar dan dilihat tapi tak pelik bila dah disumbat dalam perut. Sekali hirup kuahnya yang likat itu, pasti nak hirup lagi sampai menjilat-jilat pinggan.

Warung yang terletak di Jalan Suka Menanti, Alor Setar ini pernah disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan dalam sebuah rancangan terbitan Astro, Warung Kita.

Yang menarikkan lagi keadaan, laksa ini juga boleh direfill percuma seperti merefill coke di McDonalds. Kalau nak tambah sekali ikan kena cas lak RM 0.70. Tapi tu dah kira murah tu..

Hairan dan musykil gak, mcm mana brader ni untung, bila ditanya dijawabnya ringkas tetapi sungguh mendalam intipatinya "kita rugi xpa..jangan customer rugi"

Saturday, June 5, 2010

Papa Rich Char

Baru-baru ini sempat juga mencuri masa mencuba Char Koe Tiauw di salah sebuah branch Papa Rich di Taipan, USJ.

Tidak dapat diputaq belit lagi,dari segi rasa memang sekali ganda sedap dari Kotiauw Hokkien yang pernah aku post dulu. Bagi aku tiada apa yang boleh dikomplenkan lagi..Char dia memang perfectious.

Cuma mungkin menjadi isu bagi sesetengah penganalis char dek kerana kotiauw dia kering tidak berkuah. Layakkah ia digelar char ataupun cukup dengan chah shj?

Monday, May 31, 2010

Warisan Citarasa Tradisi

Restoran: Anjung Keli
Lokasi: Behor Pulai Perlis (dekat2 Aloq Redih)

Kali ni aku nak share pasai kedai makan yang tip-top gak la kat Perlih ni.. Menyediakan pelbagai juadah untuk dijamah seawal jam 10 pagi sesuai untuk seisi keluarga serta segenap lapisan masyarakat dari Padang Besar Perlis hingga ke Tebedu Sarawak sekalipun.

Lokasi dia berhampiran rumah Fitri Gebu.. Haa ampa mesti tatau kan siapa itu Fitri Gebu..dia memang gebu,hehe Fitri jgn marah aa.. Ok, landmark yang sesuai ialah Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis ataupun Maktab Perguruan Perlis..Tanya orang disitu memang depa tau. Kalau tanya orang Perlis Aloq Redih/Behoq Pulai mesti tau.. Kalau tatau tu memang dah leh dikenakan hukuman buang daerah macam kawan aku tu. Ish2 teruk. KL sangat.

Berbalik kepada warung Anjung Keli ni,sebenaqnya aku tatau nak amik lauk apa sangat. Rambang mata bak kata orang kita. Memandangkan ni 1st time aku sampai kat kedai tu aku test basic ja.. Keli bakaq.. Memang antara yang terbaik diantara terbaik yang penah aku rasa. Marvelouss..Kari kepala ikan dia pun best. Memang cukup rasa sampai naik kepala.

Banyak lagi kedai kat sini yang best-best. Nanti kalau berkesempatan aku masuk. Tapi yang ni pun dah kira ok.. Last but not least, bawaklah mak pak mentua anda ke warung ini. Pasti dia tersenyum riang sambil menepuk-nepuk perutnya yang kenyang buncit itu.



Tuesday, May 25, 2010

Terinai Street Sk8boarding Scene

Lokasi: Empangan Timah Tasoh, Beseri, Perlis

Tempat ni asainya tempat makan2. La nih dah jadi port skater2 perlis yang hilang hala tuju setelah Sk8 part di kompleks belia perlis ditambak tanah dan didirikan bangunan.

Biasalah.. kalau benda-benda macamni sapa la nak pandang sangat.. Aku rasa ni la antara punca-punca jadinya kes-kes rempit,hisap gam dan sebagainya.. Dah ada tempat elok2 untuk main depa pi kambuih(timbus)..

Harap pihak berwajib menyediakan alternatif lain atau pendekatan yang sewajarnya terhadap muda-mudi dan belia kita.

Antara aksi zero hero yang memang gua suspect


Pemandangan di Terinai yang memikat hati

Monday, May 24, 2010

Dia Memang Laju

Orang kita gemar berlumba-lumba di jalanraya..weng sana..weng sini..


Malang itu tak berbau.. Da ba bomm!!
Long Cat Crash

Akibatnya..



Salah siapa?salah tempat..?salah waktu..?diri sendiri..?rakan sebaya..?salah ibu mengandung..?masyarakat..?

Saturday, May 22, 2010

Mimpi & Tafsirannya

Aku sebenaqnya nak post pasai kisah Pon & Zi..tapi tetiba aku tedengar bunda aku cakap pasai mimpi pastu kebetulan pulak aku ada mimpi gak malam tadi. Keinginan aku nak kaji selidik membuak-buak..Kena tau juga nas-nasnya baru la leh p pekena lok chin Kola Perlis dengan tenangnya.. So bila aku gugel tgk aku ada jumpa blog brader mana tah..Ni dia..

Dia ada 2 tafsiran mimpi:
i)mimpi berkaitan binatang
2)mimpi berkaitan bumi dan langit

Mengikut sumber dari orang tua2,mimpi boleh dikategorikan kepada dua jenis:
1)mimpi betul2 mimpi (eg:mimipi jumpa arwah tok anda.dia senyum2 ja tak cakap)
2)mimpi gangguan setan iblis (eg:mimpi jumpa arwah tok jugak.dia lepak2 ngan anda sambil sembang2 pekena rokok balut)

Bila aku rujuk balik mimpi yang berkaitan dengan aku tu. Seriously mmg ada betuinya.. Alhamdulillah.. Allah nak bagi petunjuk kat aku.. Tapi tu lah..semua ni kuasa Allah..
Benda macamni sebenarnya kita takleh terlampau fikir sebab diluar batas kemampuan akal fikiran kita. Nanti silap-silap jadi cam Pak Lang tu..

Semuanya atas kehendak dan ketentuanNya.. Banyak lagi yang kita taktau.. Wallahualam...

Thursday, May 13, 2010

Macam-macam

Macam2 kes kita jumpa sejak dua menjak ni...kes curi dah jadi mcm kes curi kat kedai runcit Santan..kes buang anak...kes rogol..bunuh..liwat..khalwat dan special kes.Special kes ni kes yang dipercayai berlaku akibat hilang kawalan zahir dan batin(contohnya;kes-kes melibatkan kemaluan ditoreh..kes monyet berbadan kucing dan sbgnya)

Kes-kes yang didakwa terhadap defenden akan membawa kepada prosiding mahkamah..Disitulah tertumpunya pihak media yang nak amik gambaq2 tertutamanya kalau melibatkan artis atau golongan v.i.p.

Bila bangga..muka tunjuk merata..Bila malu..muka tatau nak letak mana..nasib baik tak kerat pala letak dalam poket ja..ada yang sempat buat drama lagi.. Ada jugak yang tatau malu buat rileks pisang ja..katanya x bersalah..wallahhualam..

Walaubagaimanapun,dalam bnyak2 gambaq kat mahkamah aku jumpa..aku rasa yang ni paling style sekali.Dengan gayanya tersendiri.."PEACE NO WAR"

Friday, April 30, 2010

Koetiauw Goreng Hokkien Style

Koetiauw Goreng Hokkien Style
Lokasi: Pak Li Kopitiam, Kota Damansara
Harga: RM 5.90

Dah lama rasanya tak pi lepak kopitiam..asyik2 lepak makan kat mapley ngan kedai pattani ja..kali ni tukaq selera sikit..Malam tadi,dok musing2 cari kedai makan di kawasan berhampiran..aku pun dah pening time tu..Mat Anip kata..kalau lapaq aku bukan leh lambat2..aku cukup pantang!!keskes..lawak ja Nip na..kak aku suggestkan kat abang aku..dia nak makan cendoi kegemaran dia kata..abang aku tanpa rasa bersalah pun terus memarkir keretanya ala2 Zam Koboi..kalau ada sakit jantung boleh meninggal 'on the spot'.

Dipendekkan cerita.bla bla...aku pun mencuba Koetiauw Goreng Hokkien ni..rasanya memang terbaik,sama dengan kotiauw dkat Kopitiam Kintoo Kangaq..kalau dulu2 kak aku kata ada lagi satu kedai selain Kintoo..Kopitiam Makmur(katanya port geng2 Sek. Derma dok bercanda dulu)..Sambung lik pasai kotiauw tadi tu;ditambah pula dengan sedikit ngan kicap/toyu+cabai potong memang menggoda sesiapa saja pun..kotiauw dia mungkin nampak simple n cincai ja..tapi bila dah rasa..memang berantu..takleh berhenti suap sampai habis..bak kata Bobo nampak saja biasa!

Tidak dinafikan lagi harga memang agak mahal sikit..tapi berbaloi la dengan dia punya welcoming environment dia..servis yang top-tip lagi..nak murah pi Kintoo la..tu pun tak murah sangat kot..ada la jimat dalam seringgit dua.. Tapi harus diingat.. Kehalalan makanan kita itu. Kalau Pak Li Kopitiam ni memang dah dapat pengesahan halal dari Jakim pastu kedai dia lak dah dapat anugerah Premis Bersih. So tahniah kepada Pak Li!nanti Pak Di lak nak bukak kedai.. heh

Monday, April 19, 2010

Majlis Makan Malam

[17 April 2010]
Setelah 2 kali terlepas undangan majlis kahwin abg kepada membe, kali ni mau tak mau aku kena p jugak jemputan kenduri kawin ni. Kalau tak mungkin saudara Afiq bebai kat aku sama macam kalah men game Left 4 Dead..heheh lawak saja afiq na.. Kenduri kahwin yang diadakan di Wisma PKPS, S.alam..aturcara bermula seawal jam 8 malam(plus minus).. tapi macam biasa lah.. aku dengan sahabat-sehandal aku pukui 9 malam baru nak sampai campuq jalan jem ngan sesat sikit.biasa lah.co-pilot tak berpengelaman.banyak lagi nak kena belajaq.hehe

Lebih kurang setengah jam aku ngan anip hanya mampu merenung bekas lauk tertutup dan pinggan kosong saja. Saat-saat yang dinantikan tiba jua.. Makan time..Makan sambil tengok persembahan2 dan layan celoteh2 MC memang satu pengalaman yang best. Makanan dan servis dari catering Pak Engku, memang class n terbaik. Sistem audio,bunyi & visual juga amat kemas dan teratur.

Aku xdan amik gambaq sangat..sebab ralik n disebabkan keadaan tak mengizinkin..ni ja yang aku dapat..




Apa2 pun terima kasih diucapkan pada pihak keluarga Afiq dan tahniah buat abang Afiq yang selamat diijabkabul dan melangsungkan majlis perkahwinannya..pasangan merpati dua sejoli..Afief Farhan & Siti Hasfizza Aswaty.. Moga kekal abadi hingga ke akhir hayat. Amin..

Sunday, April 11, 2010

Pameran Keranda

Baru-baru ini dan/sempat juga aku melangkah masuk ke Muzium Negara buat kali ke-2nya dalam kamus hidup aku setelah last skali aku p masa aku kecik2 dulu. Tu pun ikut mak aku. Rombongan budak2 skolah..Walaupun aku masih tadika ketika itu, tapi aku tanpa segan silunya yang mengaku budak skolah jugak turut join sekaki ngan geng-geng otai Sekolah Kebangsaan Kampong Salang masa itu. Antaranya ialah Ahmad, Ah Chong dan Mutusamy.Yang tu ja aku ingat..yang len2 nanti aku refer balik kat cikgu disiplin (Cikgu Fesol)

Berbeza dengan kunjungan sebelum ini, kali ini aku p tengok pameran keranda. Bermacam-macam jenis trend dan design keranda yang dipamerkan mengikut kepercayaan dan adat rezam masing-masing..berusia lingkungan 500 - beribu-ribu tahun. Dari zaman Neolitik purbakala hingga zaman moden kini...Dari suku kaum Orang Asli dulu kala...Melayu..China..India..Kadazan..suku Kaum Kaan..Negrito..Jawa Sumatera..dan banyak lagi lah dari pada yang brand new hingga ke 3rd hand sekalipun .. tak caya p tgk sendiri.

Banyak informasi kita leh dapat..juga sedikit sebanyak dapat merefreshkan balik sejarah syllabus tingkatan 1 dulu..lightening sistem ngan sound effect pun bguih..Mayat2 pun nampak real..

Harga tiket RM 2.00 + RM 3.00 utk kamera(sekali bayaran.tak kisah la kalau 20 biji kamera pun)
Parking: RM 2.00 (kereta/van/bas/jengkaut/backhoe) *motosikal percuma



Saturday, April 3, 2010

Shah Alam Extreme Sk8 Park

[2/3/2010 5,00++ pm waktu melayu]
Sedang aku asyik membuat percaturan dalam pikiran aku sama ada nak angkat Audi S4 ke S5..pakai sebulan pastu terus tukaq R8 tiba2 aku dikejutkan dengan sapaan brader Pa An yg hensem ala2 Leonardo de Scorpio..cett..potong stim btui aku nak berangan.. "Di S.Alam jom."
aku pun balas balik la kat dia..gila ka apa..nak wat apa sana..nak ajak teman p rumah mak cik dia ka apa..hehhe lawak ja na Pa An..
Ringkasnya.. Pa An nak ajak p skate kat S.Alam Extreme Park.

Jam 5.50 kami betolak ngan member paan bersama supermembernya..pukui 6.40 ptg baru sampai ke destinasi setelah penat mengharungi jem dimana kalau dikira balik dalam kira-kira Thermology sama penatnya dengan atok aku menguli jem rambutan zaman dulu kala dulu..

Skate park ni mmg terbaik..sesuai untuk pro juga untuk beginner..Ada kawah..curb..stair..fun box..rail..dalam pelbagai saiz..nak yang bersaiz gajah ada..saiz kancil pun ada..launcher pun ada untuk sapa2 yang nak melancarkan diri dengan skatenya ke Planet Jupiter..
Yang aku pelik..baru lepas ujan..tapi takdak air yang bertakung-takung. Ni pakai nano teknologi ka apa ka..Cuma ampa kena hati-hati sikit kot2 terjatuh kat kawah tu..Silap-silap boleh arwah kalau salah teknik jatuh.. Haa nak jatuh pun ada teknik. Bukak waktu men ja ada teknik kalau ampa nak tau.

Facilities juga mmg antara yang terbaik..Surau ngan toilet mmg tiptop.Abangla keja kfc pun suka semayang kat situ.. Kat tepi tu ada court futsal,wall climbing,trek jogging,trek moto cross pun ada..kfc,pizza hut ngan burger king. Pesanan aku bawaklah mak cik ampa kalau p situ..sambil beriadah leh pow mak cik "fast food" ataupun dalam melayunya "makanan pantas"..

Tak banyak gambar yang diambil. Sbb aku asyik/ralik melayan park nih..




p/s:mount.kiara tatau lak bila nak sampai..dengar cita kat situ dia punya barang bersaiz dinousor..bukannya bersaiz gajah lagi.huhu nanti ada masa aku nak p tgk ngan bijik mata aku sndri

Sunday, March 28, 2010

Bolehkah Ampa Idup Tanpa Mapley?

Mapley..sebut saja mapley pasti anda terbayangkan kedai-kedai mamak yang menyajikan pelbagai jenis makanan untuk dibelasah. Mapley mmg ada dimana-mana sahaja.. Ianya bersifat flexible..disertakan dengan servis kelam-kabutnya yang cepat dan gaya eksyen mereka yang tersendiri..cuma kat kampung aku ja mapley masih tak berjaya monopoli lagi bisnes depa kat sana dek kerana pukulan nasi ganja dan morning market Perlis yang lagik mengancam dan menambat hati sesiapa sahaja. Mak Jah(bukan nama sebenar) warung depan ostel aku ni pun leh bankrap kalau dia nak lawan nasi ganja sana. ahah Mak Jah jgn marah naa kalau tebaca kat cini..

Setuju atau tidak, hakikatnya mapley ataupun dalam bahasa melayunya sebenarnya bermaksud abg ipar..kalau anne lak abang..so jangan tekejut kalau ada dikalangan awek anda memanggil anda anne.ahaha acah saja. Kenapa aku terpanggil untuk mengutarakan topik ini..?

Untuk pengetahuan ampa semua..baru2 ni aku baru ja keluaq ngan saudara Anip,Afiq dan Jatman. Perancangan awal nak p men boling terus kat OU. Tapi memandangan perut Afiq dah mula wat hal bekeroncong tak tentu hala irama cam hapa ntah..so kami pun lajak la sikit ke mapley Nasi Kandaq Padang Kota kat Kota Damansara..

Pastu terus p Ou..p ou boling tutup lak..hampeh..P Sunway..pukui 8 baru nak leh main..lagi hampeh.. Bebai dengan keadaan sebegitu..masing-masing sebulat suara untuk p makan lagi.. Pilihan seterusnya ialah Hairun Maju di Kelana Jaya..mapley jugak

Pastu malam keluaq lagi.. Setelah menghubungi saudara Afiq yang baru sahaja selesai mensmashkan perut rakannya..kami planning p lepak kat Suzi's Corner, Ampang. Yang ni aku tak pasti la.aku rasa pure punya tamil naddu kot..tu pun aku mula perasaan masa p bayaq kat kaunter..siap ada patung budda lagi..brader yang jadi cashier tu pun pakai rantai yang menambahkan lagi seri wajahnya..pekerjanya pun aku perasaan ada calit kapoq kat dahi dia.. Damn man! Apakan daya..dah masuk perut dah makanan depa n sebelum tu memang aku dengan konfidennya telah membelasah roti john sebijik. lepas ni kalau p situ mmg aku nak order air soya ngan makanan sebelah dia ja(Melayu)

Agenda Hu Ha Hu Ha berterusan lagi. Kali ni p downtown lak. Walaupun agak keletihan..kami meneruskan jua dek kerana ingin melihat Arnab Angora yang comel lote seperti yang diwawarkan oleh saudara Kelvin..Selesai menawaf downtown yang berkeluasan kira-kira 3km persegi itu..kami p minum lagi. kat port lama aku lak.. ABC Maideen, Shamelin Perkasa. ni pun Mapley jugak

Persoalan utamanya..boleh ka kita hidup tanpa mapley..?tanpa pelbagai menu mereka dan teh tarik yang menggamit-gamit di dalam mimpi itu..beratus-ratus jenis roti dan kas-kas yang mereka guna untuk masakan nasi goreng dan megi goreng telur mata mereka yang berhantu itu? Kadang-kadang aku tak pasti depa ni Islam ka apa ka..benda ni salah satu isu yang harus kita titik beratkan. Sbb dalam Islam pun mmg ditekankan bab pemakanan.. Bayangkan tahfiz takkan memakan asamko mahupun asam mengkai sekali pun..Aku takmau cakap banyak lagi. sebab ampa semua pun pasti paham sebab benda ni dalam Pendidikan Islam kat sekolah menengah pun dah diajaq.. Harap lepas ni cop halal bukan saja ada kat ramlee burger/kfc serta beberapa kopitiam yang baru saja mendapatkn lesen halal dari Jakim, kat mapley pun kena bubuh jugak..Tahap kebersihan juga kena pantau dari semasa ke semasa.. Wallahhualam..

kat sini ada sikit banyak review pasai mapley oleh saudara Anip sebagai rujukan kita bersama

Wednesday, March 24, 2010

Arena MPPJ SK8 Park

Bila sudah malas..nak update blog pun bukan menjadi keutamaan lagi..malah atas rasa tanggungjawab, memberi tumpuan komitmen terhadap pembelajaran,kesihatan mak ayah di kampung dan tahap kesihatan kucing di warung Pak Abu telah menjadi satu nas-nas yang perlu dipertimbangkan. Namun demikian, dihujung minggu lepas..hari sabtu lepas..aku dan rakan skate tetap aku..(Pa An) sempat juga menggedukkan diri untuk pergi meriadahkan diri di Arena MPPJ skate park. Terletak di hadapan Hospital Assunta PJ yang bersebelahan dengan Gereja Katolik, memudahkan lagi skater-skater di seluruh pelusuk ceruk dunia untuk mencari skate park ini.

Bila dah sampai.mudah saja.bukak gate sendiri..tulis nama ngn ic kat dlm buku kehadiran.nak men pingpong ka..taekwondo ka..futsal ka..pree of charge(utk skate.len2 tak pasti).nak masuk kelab rakan muda pun pree.

Skatepark yang seluas kira-kira 3 relung ini bersamaan dengan luas kebun arwah tok wan aku ni bukan sahaja meletihkan aku..malah telah mencabul kehormatan aku..tak pasai2 aku cium lantai..adehh..dah dapat ulser mulut. Tatapi..yang menghairankan..kenapa sikit sangat org men kat situ.4 org ja temasuk aku yang men..menurut seorang brader mountain bike yang mencuba suspensionnya systemnya di skate park tu..katanya ramai yang dah p men kat park Shah Alam.tapi ok la.tak malu sangat sbb aku kerap jatuh.haha.

Overall komen aku skate park ni sesuai untuk penggemar-penggemar obstacle yang bersaiz bapak gajah dan juga kaki-kaki ollie yang gemar ollie melepasi basikal buruk atok depa.

Lepas ni target aku nak p usha skate park Mount Kiara lak..nantikan





Sunday, March 14, 2010

Taman Paramount Skate Park

Akhirnya sempat juga aku menjejakkan kaki di salah sebuah skate park yang aku teringin nak p sejak kecik lagi. Sebelum ni aku hanya tengok dari atas tren ja. Dari atas nampak kecik. Ingat kot sebab tinggi. Rupa-rupanya memang kecik bila dok bawah pun. Ceh. Tapi bagi aku memang ok la untuk beginner cam aku ni. Skate park Taman Paramount sebelah stesen LRT Taman Paramount ataupun lebih dikenali sebagai skate park pencawang.btui2 dok bawah pencawang.risau lak aku kot kena karan.heh

Perjalanan untuk kesitu saja memakan masa kira-kira 30 minit dari Bangsar dek kerana keangkuhan aku tamau nek tren.malu kot kalau nek tren bawak deck.market sangat. Aku pun pelik jugak taman paramount tu.tgk dalam GPS tadak pun. nak bukak wikimapia lak intenet slow. Mau tak mau..aku ngan Pa An(budak multimedia unikl) bingkas bangun lalu menuju ke destinasi yang dinanti-nanti. Berberbekalkan prinsip ikut gerak hati,keyakinan diri yg tinggi dan mengikut kabel pencawang elektrik..kami tiba jua akhirnya.. bleh dikatakan kami hampir-hampir sesat. Mula-mula lalu kot jirat Cina..pastu jumpa Taman Sea. tatau lak Sea ada taman. yang aku tau Sukan Sea ada la.bukan itu sahaja cabaran yang kami lalui..malah tepaksa memandang sebelah mata dengan beberapa ketul taik-taik anjing. di lorong-lorong gelap.



Memandangkan taman paramount tu terletak kat tanah tinggi.. Time nak balik lak kami ikut prinsip bentuk muka bumi..

Komen untuk skate park ni mmg best la..budak2 situ pun semua cool.. pasni nak menjelajah ke skate park Arena MPPJ lak. check it dout!

Sunday, March 7, 2010

Program Kerjaya Sempena Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaaan 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) sekali lagi akan menganjurkan Karnival Pendidikan MARA Peringkat Kebangsaan bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 12-14 Mac 2010.

2. Antara pengisian program ini ialah Pameran Kerjaya dan Temuduga Terbuka bertempat di Bilik Mawar, PWTC yang bertujuan untuk memberi peluang kepada para pengunjung mendapatkan maklumat bidang kerjaya yang sesuai untuk diceburi disamping berpeluang menghadiri sesi temuduga terbuka untuk menjawat jawatan yang ditawarkan oleh syarikat yang mengambil bahagian seperti Intel, Mesiniaga, Scicom, NAZA, Celcom Axiata, Public Mutual, Sony EMCS, RapidKL, Perodua, PROTON dan sebagainya.

3. Selain daripada itu, terdapat juga sesi ceramah mengenai Tips Menghadapi Temuduga dan Teknik Penulisan Resume yang akan disampaikan oleh beberapa wakil dari industri pada 13 dan 14 Mac 2010.

4. Sehubungan itu, pihak kami berbesar hati menjemput saudara/saudari untuk berkunjung ke tapak pameran pada tarikh tersebut. Kehadiran saudara/saudari amatlah dialu-alukan.

5. Bersama-sama ini disertakan risalah Karnival Pendidikan MARA 2010 untuk rujukan pihak saudara/saudari.


6. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada Puan Marlina Alias Ali di alamat emel ini atau di talian 03-26915111 samb. 1303.


Sekian, terima kasih.


Salam Sejahtera,

Wednesday, March 3, 2010

Kena perangat enjin Kereta ka pagi2?

Artikel ni aku dah penah baca..kira kira 28 purnama yang lepas..alhamdulillah setelah aku tak panas kenderaan aku start aku baca artikel ni...kenderaan aku still lagi maintain...Terpulang lah kat ampa nak ikut ka tak..

Versi asal artikel ni menggunakan perkataan "gua"..tapi brader dari blog mana tah ni dia org Temerloh kot..dia gantikan dengan perkataan "koi". Tapi isi kandungan still sama..

Upacara memanaskan enjin adalah antara amalan yang sinonim dengan hampir semua pengguna kenderaan di seluruh negara. Tak kiralah sama ada pemandu kereta, lori, van, bas sekolah, kereta kebal, motosikal berkuasa rendah dan sebagainya termasuk helikopter. Biasanya amalan ini dilakukan pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau ke sebarang destinasi. Ada yang memanaskan enjin selama satu minit. Ada yang memanaskan selama 5 minit. Ada yang keluar rumah, hidupkan enjin kereta, masuk rumah, sarapan, pakai stokin, pakai kasut, kunci pintu dan baru terhegeh-hegeh masuk kereta untuk memulakan perjalanan.
Koi syak makan masa dalam 15 minit juga. Brader-brader macam tu Koi ingat mesti bangun awal punya. Semua ini dilakukan kononnya demi untuk menjaga enjin. Demi untuk memastikan jangkahayat enjin panjang dan sentiasa berprestasi tip top. Masalahnya sekarang, di manakah pelajaran tentang memanaskan enjin ini diajar? Kalau tak silap koi, masa sekolah dulu pun tak ada pun cikgu-cikgu yang pandai-pandai ajar pasal benda ni. Masa pergi ambil kursus memandu di JPJ pun tak ada belajar benda-benda macam ni. Di univesiti pun tak ada belajar. Sekolah-sekolah agama rakyat pun tak ada menyediakan tajuk ini di dalam silibus pembelajaran mereka. Jadi di mana? Berdasarkan pemerhatian koi dengan sedikit kajian, upacara pemanasan enjin telah dilakukan sejak zaman-berzaman. Mula-mula mungkin datuk koi start panaskan enjin kereta dia sebelum pergi sekolah kerja guru besar. Kemudian bapa koi pula bila dah pakai kereta, teringat pula amalan datuk koi masa nak pergi sekolah dulu. Jadi bapa koi pun setiap pagi sebelum nak pergi kerja panaskanlah juga enjin Honda Oddyssey kegemarannya.. Kemudian bila koi dah besar, dah pakai kereta sports dua pintu, koi pula ikut panaskan enjin kereta. Tapi sebenarnya koi tak buat. Sebab koi ada ilmu pengetahuan tentang enjin. Soalnya sekarang adakah pemanasan enjin ini perlu dilakukan? Apa kebaikannya dan apa keburukannya? Lagi satu kalau anda bijak laksana, siapa orang yang mula-mula panaskan enjin kenderaan di Malaysia ni? Di negara-negara yang mementingkan penjagaan alam sekitar untuk kehidupan dunia yang lebih baik di masa mendatang, pemanasan enjin adalah tidak digalakkan dan sesetengahnya ditegah. Negara Kanada telah memulakan kempen nasional mereka untuk mengurangkan pemanasan enjin yang tidak diperlukan. Kempen yang sama turut dilakukan di Jepun, United Kingdom dan di Amerika Syarikat. Ada di antaranya sudah menetapkan satu undang-undang bahawa enjin kenderaan tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) melebihi 5 minit atau 3 minit bagi kenderaan ringan. Kenapa perkara ini ditegah? The Canadian Office of Energy Efficiency telah bersetuju bahawa cara yang terbaik untuk memanaskan enjin adalah dengan memandunya. Walaupun suhu persekitaran berada di takat -20 darjah selsius, mereka menyarankan enjin kenderaan hanya perlu dipanaskan pada sekitar 15-30 saat sebelum meluncur ke jalanraya. Bayangkanlah berapa agaknya suhu di Malaysia? koi rasa memang dah tak payah nak panaskan enjin lagi dah. Start kereta terus jalan saja. Salah seorang jurutera penghantaran kuasa di Ford, Amerika Syarikat iaitu Les Ryder berkata, "Engines run best at their design temperature". Berdasarkan kenyataan Encik Les Ryder itu, operasi enjin yang cekap, bersih dan efisien hanya berlaku pada suhu enjin di tahap 85-90 darjah selsius. Oleh itu membiarkan enjin lu orang di dalam keadaan pepura (idling) adalah bukan cara yang terbaik atau terpantas untuk memanaskan enjin. Lebih baik jika memandunya atau dengan kata lain stail Amerika, lagi 'gentle' kalau pandu terus. Tabiat memanaskan enjin atau membiarkan enjin berada di dalam keadaan pepura (idling) dikatakan adalah satu perkara yang tidak baik dan berfaedah. Pertamanya ia menyebabkan pembakaran bahanapi tidak dapat dilakukan dengan sempurna. Pembakaran tidak lengkap membawa kesan buruk kepada dinding silinder. Sisa bahan api yang tidak terbakar akan turun ke dinding silinder lalu membersihkan minyak pelincir yang berada di dinding silinder. Maka apa yang terjadi adalah dinding silinder akan mengalami kehausan akibat tiada pelinciran di bahagian sepatutnya. Bahan api yang tidak terbakar juga boleh jadi akan turun perlahan-lahan ke bahagian takung minyak pelincir. Apabila ia bergaul, sifat minyak pelicir akan berubah dan hilang kecekapannya. Di samping itu, tabiat ini juga boleh mendatangkan masalah kepada palam pencucuh. Ia akan menganggu suhu kerja palam pencucuh. Palam pencucuh yang tidak berada di suhu sepatutnya akan menjadi kotor. Oleh yang demikian ia akan mendatangkan kesan kepada peningkatan bahan api sebanyak 5%. Pada waktu pagi, sesetengah kenderaan biasanya akan mengeluarkan wap dari ekzos. Wap itu bukanlah wap minyak daripada enjin yang mengalami kehausan. Ia adalah wap air normal yang terhasil daripada enjin yang sejuk. Jadi apabila terlalu lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling), bertambah lama untuk enjin mengambil masa untuk panas. Ini menyebabkan wap air akan sentiasa berada di dalam sistem ekzos yang mana akan menjadikan paip ekzos cepat berkarat. Kenderaan pada masa kini biasanya akan terdapat sebuah komponen yang dinamakan Catalytic Converter pada sistem ekzosnya. Kereta-kereta Malaysia pun koi tengok dah mula pakai. Komponen ini disediakan bertujuan untuk mengurangkan tahap toksik yang terdapat pada sisa atau hasil pembakaran sebuah enjin pembakaran dalaman. Antara kerja yang dilakukan komponen ini termasuklah men-convert karbon monoksida kepada karbon dioksida, mengurangkan nitrogen oksida kepada nitrogen dan air, mengoksidakan hidrokarbon yang tidak terbakar kepada karbon dioksida dan air dan sebagainya. Jadi faedah yang boleh diperolehi daripada komponen ini ialah pencemaran udara dapat diminimakan. Walaubagaimana pun, masalah yang timbul jika enjin berada di dalam keadaan pepura (idling), komponen ini tidak berfungsi. Maka enjin dengan sesuka hati dapat mencemarkan udara. Komponen ini akan berfungsi hanya pada tahap suhu 400 - 800 darjah selsius yang dimana adalah pada satu kadar suhu yang sangat panas berbanding enjin. Semasa suhu itu ia akan bertindak menukar bahan tercemar dari sisa pembakaran enjin kepada bahan yang kurang berbahaya kepada alam sekitar. Bagi memastikan komponen ini cepat dan dapat berada di suhu yang mana ia boleh beroperasi, lu orang perlulah memandu. Bukan meninggalkan kereta hidup terbiar. Semakin lama enjin dibiarkan dalam keadaan pepura (idling) maka semakin lama juga Catalytic Converter ini tidur dan tak bekerja. Lu orang syak apa agaknya yang terjadi kepada alam sekitar? Sekarang kita sudah mengetahui serba sedikit tentang keburukan memanaskan enjin. Ada tiga kesan yang penting di situ iaitu membazir bahan api, mencemarkan alam sekitar dan memunah wang ringgit. Mari kita lihat apa pula kebaikkan memanaskan enjin. Khabar-khabar angin mengatakan memanaskan enjin juga ada faedahnya. Salah satu perkara yang disebut adalah semasa enjin ditinggalkan di dalam satu tempoh yang agak lama, iaitu mungkin sehingga satu malam, bahan pelinciran akan turun meninggalkan komponen yang bergerak di dalam enjin ke bahagian bawah enjin. Jadi apabila kita mula menghidupkan enjin, kita perlu mengambil sedikit masa untuk memanaskannya supaya dapat memberi peluang bahan pelinciran itu naik dan beredar di setiap inci dan penjuru komponen dalaman enjin. Ya perkara ini benar. Tetapi apa yang lu orang perlu tahu bahawa setiap enjin telah dilengkapkan dengan satu komponen yang dipanggil pam minyak pelincir. Pam minyak pelincir ini dijana oleh pusingan crankshaft. Makin laju crankshaft berpusing maka makin cepat pam bahan api berpusing seterusnya mengagihkan minyak pelincir ke bahagian dalaman enjin. Untuk memastikan crankshaft ini berpusing laju apa yang lu orang perlu buat? Adakah dengan hanya membiarkan enjin dalam keadaan pepura (idling)? Kesimpulannya di sini tabiat memanaskan enjin di waktu pagi yang kononnya lagi lama lagi bagus adalah satu mitos yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Perkara ikut-ikutan seperti ini bukanlah satu perkara yang asing bagi kita rakyat Malaysia. BMW sendiri pun cukup pantang kalau orang warm up enjin keretanya. Sebab dia orang tahu kalau enjin cepat rosak nanti mesti lu orang kompelin. Sebab itu kalau boleh BMW nak lepas hidup saja enjin kereta, terus blah cepat-cepat. Jangan tunggu-tunggu. Ini karang siap boleh masuk rumah pekena roti dua tiga keping, layan teh dulu sambil sembang-sembang dengan bini tapi enjin kereta terbiar hidup. Satu perkara lagi yang boleh membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan pembaziran bahan api adalah dengan mematikan enjin jika kenderaan lu orang tidak bergerak. Kalau berhenti tepi jalan bergayut dengan telefon, tunggu bini masuk pasar mini beli barang dapur, dan tunggu anak balik sekolah depan pagar sekolah bawa bawalah matikan dulu enjin. Perkara itu tidak memberi sebarang faedah langsung malah boleh menyebabkan masalah pencemaran udara dan alam sekitar serta pembaziran wang ringgit. Sedarkah anda di dalam tempoh setahun, sikap mengurangkan enjin dibiarkan hidup dalam keadaan pepura (idling) ini mampu menjimatkan beratus ribu juta ringgit dan mampu menghentikan perlepasan jutaan tan gas rumah hijau ke atmosfera yang membawa pemanasan global. Akhir kata setujukah anda bahawa memanaskan enjin di waktu pagi boleh menjahanamkan enjin dan dunia?

Wednesday, February 24, 2010

Bihun Sup Utara

Hari ni kelas abeh awai..pukui 12.30 dah abis. Kalau nak ikutkan nak balik terus pun boleh. Namun begitu, aku cuba membuang sikap sebegitu kerana buruk padahnya kalau aku balik time2 tu..Silap-silap boleh menggugat kesihatan aku dan unicorn silver kesayangan aku tu. So aku mendapat idea untuk siapkan assignment ngan rakan2 seperjuangan aku.(mula2 plan mcm ramai.last2 2 org ja!) dan hasilnya..sungguh hampeh..dek kerana nafsu masing2 melayan perasaan berlandaskan FB. Dah dapat bahan serba sedikit kat library maka aku pun chow..

Ketika hampir sampai di persimpangan Kg Abdullah Hukum, nak dijadikan cerita.. aku teringat ada banyak warung-warung misteri bagaikan misteri udang disebalik mee di Kg Pantai Dalam yang terletak hadapan sikit dari Kg Abdullah Hukum(kalau dari Bangsar).Untung2 leh gak aku kenyangkan perut aku petang ni secara tak langsung dpt melupakan seketika beban assignment dan test. Lantaran itu, aku ubahkan setting auto-pilot unicorn aku tu kepada manual.you go straight n dont belok2..(ada bakat dak jd tourist guide?) Sampai saja Kg Pantai Dalam..Usha2 warung.. Pastu aku ternampak kat satu kedai ni. Bihun Sup Utara. perghh..peveret2..apa lagi.teruih aku masuk p order.

Rasa:Sedap.Original sup utara.tak macam sup meletup Tasik Permaisuri Cheras (ajinomoto lebih)
Harga:RM 3.00++ (thanks to brader TNB kerana menyetelkan bil sup aku, Adzmi nama dia,org Teluk Intan)
Kuantiti: tak pasti
Kandungan: Bihun kuning,daun sup,bawang goreng,air cili/ayaq cabai,daging lembu
Kekenyangan: 4x sendawa/belehak

menurut brader TNB tu lagi..lokasi asal warung sup ni ialah kat wisma mutiara,jln maarof.tapi la nih dia pindah atas sebab cabaran ekonomi global yang tidak menentu sejak dua menjak ni.siapa sangka..kerana ekonomi dunia,pengusaha sup utara pun turut terjejas.ketika mahu pulang aku sempat babai2 manja kat brader TNB tdi tu."waa chow dulu bro.."Pastu selang 2-3 kedai lgi,tiba2 aku ternampak satu warung lagi meletakkan Yong Tau Foo cucuk(saiz agak besaq jika dibandingkan ngan area BB/uptown Danau Kota)Insyaallah nanti aku try.

p/s:to BMJ a.k.a kak Anip http://bawangmerahjambu.blogspot.com/..ok la kan buh pasai makan..?takkan nak buh pasai awek lak.awek tadak =(

Monday, February 22, 2010

Cabaran Politik Malaysia

Oleh KASSIM AHMAD

Politik di Malaysia kini kecamuk. Pakatan pembangkan yang memenangi dan menguasai lima negeri telah menampakkan apa yang kita sudah ketahui iaitu ketiadaan asas satu gabungan yang kukuh dan mantap.

Mereka sendiri sebenarnya tidak menyangka akan menang begitu besar dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12. Kemantapan dan kelangsungan pakatan pembangkang itu diselubungi tanda tanya. Idealisme yang bertanggungjawab bagi perubahan itu tidak boleh kekal tanpa realisme untuk melahirkan sistem yang lebih adil.

Mari kita selidik anasir-anasir yang bergabung untuk membawa perubahan dalam pilihan raya umum itu.

Pas asalnya serpihan daripada UMNO yang sudah berubah dari satu pimpinan yang progresif di bawah Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Prof. Dzulkifli Muhammad dalam dekad-dekad 50-an dan 60-an melalui 'Islam Melayu' di bawah pimpinan Asri Muda kepada pimpinan yang konservatif iaitu agresif dan jumud di bawah 'pimpinan ulama' acuan Iran sejak Yusof Rawa mengambil alih pimpinan Pas.

Oleh kerana pandangan hidup mereka bertunjangkan akhirat, yang makna sebenarnya kabur dan mereka sendiri tidak tahu, maka tidak ada konsep dan dasar perkembangan ekonomi dalam sistem mereka.

DAP pula sebuah parti demokratik-sosial yang didominasi oleh kaum Cina dengan dasar cauvinis 'Malaysian Malaysia' warisan PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Jika mereka berkuasa di peringkat pusat, maka Perlembagaan kita akan mereka ubah dan banyak dasar akan bertukar. Huru-hara akan berlaku. Kita katakan ini bukan untuk menakutkan rakyat Malaysia kepada pemerintahan DAP. Kita mahu melihat DAP mengubah ideologi dan dasarnya supaya lebih sesuai dengan realiti hidup bermasyarakat majmuk di Malaysia.

PKR pula lahir daripada 'gerakan reformasi' Anwar Ibrahim yang telah disingkir dari jawatan Timbalan Presiden UMNO. Gerakan reformasi itu menarik pelbagai aliran ideologi yang mahukan perubahan, termasuk anasir-anasir sosialis yang berpecah dari Parti Rakyat. Ia bergantung kepada karisma Anwar Ibrahim tanpa suatu ideologi perjuangan dan dasar yang jelas dan kukuh.

Gabungan 'cacamarba' itu bukan tidak boleh berkembang menjadi kukuh dan kuat, tetapi ia memerlukan lebih daripada karisma seorang individu dan tempelan serpihan satu sosialisme. Ia memerlukan rumusan sebuah falsafah politik nasional yang boleh menyatukan rakyat Malaysia dan mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang lebih baik.

Dalam pada itu, kemampuan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk bangkit semula masih belum jelas. Penyakit UMNO iaitu 'politik wang' adalah sebenarnya rasuah, pembaziran, pimpinan elitis yang terpisah daripada rakyat, suatu bentuk hegemoni.

Soalnya, bolehkah UMNO mengubati kesemua penyakit itu? Pimpinan baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunjukkan sedikit harapan. Jika beliau boleh mengikut jejak langkah bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, pimpinannya mempunyai harapan yang cerah. Cogankatanya '1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' menarik dan sarat dengan makna dan kemungkinan.

Namun Najib menghadapi cabaran yang lebih besar daripada bapanya, kerana kemerosotan UMNO yang teruk dan krisis ekonomi dunia yang parah sekarang. Beberapa daya usahanya yang mengutamakan golongan miskin memberi sinar baru.

Amalannya 'pergi kepada rakyat' menggalakkan, tetapi beliau kena mengelak pembaziran seperti yang ditunjukkan dalam lawatannya ke Melaka, baru-baru ini. Malah beliau kena memberi arahan yang jelas dan tegas supaya kerajaan pimpinannya bukan sahaja menolak tetapi mahu menghapuskan pembaziran, baik dari segi wang atau guna tenaga. Pembaziran suatu daripada bentuk penyelewengan besar yang meruntun masyarakat kita ke bawah.

Pada dasarnya, hanya ada dua jenis politik dalam dunia ini iaitu politik puak humanisme yang berjuang untuk melaksanakan keadilan, dan puak oligarki (segelintir) yang menekan massa.

Kita tentu tahu sistem politik mana yang kita mahu. Kita mesti ada suatu falsafah politik nasional yang boleh mewujudkan sistem ini serta mendidik rakyat kita untuk mewujudkannya.

Falsafah ini mesti merangkumi semua aliran politik nasional dalam negara kita, iaitu nasionalisme Melayu, nasionalisme Malaysia, kerajaan yang adil berdasarkan permuafakatan nasional, dan internasionalisme dan humanisme yang tulen.

Sistem dwi-parti (kerajaan dan pembangkang) lahir dari sejarah Eropah yang tidak sama dengan sejarah Dunia Ketiga (yang kena jajah). Oleh itu, seruan supaya kita mewujudkan dwi-sistem (sistem dua parti) harus dicurigai. Sistem BN lebih mirip kepada sistem nasional yang kita sebut dan yang lebih sesuai dengan sejarah dan tradisi politik Dunia Ketiga.

Kita ambil iktibar dari politik Pas kini. Seperti yang telah kita sebutkan, Pas asalnya serpihan dari UMNO dan telah melalui tahap politik progresif di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin, politik keMelayuan di bawah pimpinan Asri Muda, dan politik 'pimpinan ulama' acuan Iran sejak Yusof Rawa memegang tampuk pimpinan hingga hari ini.

Oleh kerana kumpulan ini tidak mempunyai dasar ekonomi-politik yang boleh membangunkan rakyat, Kelantan yang mereka tadbir tidak boleh maju dan ketinggalan di belakang. Sekarang di dalam pakatan pembangkang, masih tidak jelas apakah dasar ekonomi-politik mereka. Kerjasama dengan DAP mengharuskan mereka menyokong dasar cauvinis parti itu. Keresahan timbul sekarang dalam Pas supaya mencari perpaduan dengan UMNO untuk mempertahankan Islam dan kepentingan orang Melayu.

Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mahathir, oleh kerana rakyat kurang percaya kepada parti-parti politik, baik kerajaan ataupun pembangkang, maka timbul badan-badan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan yang lebih aktif menyuarakan hasrat dan cita-cita rakyat. Kelemahan NGO itu jelas, iaitu ketiadaan ideologi yang sama dan hanya wujud sebagai kumpulan pendesak yang tidak mempunyai kuasa untuk mentadbir negara.

Kecamuk politik di Malaysia sekarang, dari satu segi merupakan refleksi kecamuk politik dunia. Kuasa-kuasa besar yang menguasai Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mahu mengongkong Iran daripada menjadi kuasa nuklear.

Dahulu mereka takut Iraq di bawah pimpinan Saddam Hussein menjadi kuasa nuklear yang mengancam kewujudan anak emas mereka, Israel. Aneh dan malangnya pada waktu itu, Iran bersekongkol dengan Barat untuk menghapuskan Saddam Hussein. Berjaya dalam strategi itu, Barat sekarang menghadapkan kemarahannya dan ketidakadilannya kepada Iran pula. Akan berlakukah satu peperangan besar? Perang nuklear yang melibatkan Amerika Syarikat dan Israel di satu pihak, dan Iran dan sekutunya, di pihak lain?

Seperti di dunia antarabangsa, kecamuk politik kita boleh mengundang bahaya besar. Satu malapetaka besar semacam '13 Mei' atau lebih buruk boleh berlaku jika kecamuk politik ini berterusan.

Menjadi tugas besar Najib dan pimpinan UMNO-BN, termasuk para pemimpin dari pakatan pembangkang yang rasional untuk duduk semeja serta merumuskan satu falsafah politik nasional Malaysia yang lebih kukuh dan mantap bagi mengatasi kecamuk politik itu serta membolehkan Malaysia terus maju ke hadapan. -utusan malaysia

Apakah nasib kita di masa depan..?jangan sampai pihak luar campurtangan.. Wallahhualam..

Friday, February 19, 2010

Tomyam Puteh

Menu T/Hari Ini: Tomyam Puteh Campoq+timun sambal blacan a.k.a ayiaq asam+pisang(free)+jus belimbing+air suam=RM 8.20

Lokasi: Veechuda Tomyam, Kota Damansara

Tomyam dia mmg best..harga pun berpatutan..nak parking pun senang..(siang.mlm2 taktau la). tempat duduk pun luas n selesa..masuk ni dah 2x aku makan tomyam tu.last skali awal taun lepas kot..tapi rasa still maintain.cayalah..

Sunday, February 14, 2010

Yong Tau Foo cucuk2 vs Lok Cin ?

Boring punya pasai..aku roger member-member kampung aku untuk keluar melihat gelagat masyarakat setempat di malam hari. Dah lama tak jenguk2 suasana malam. Brader Anip awal2 lagi dah mengenselkan program atas sebab munasabab yang lapok.
Kebetulan pula..brader Kelvin mmg nak keluaq ngan brader Faizul(baru sahaja sampai di S.Alam sempena cuti tadikanya). Memang payah nak set tempat ngan brader Kelvin ni.. Tempat len tamau..nak BB ja. So aku pun setuju sebab dekat ja ngan aku.Hahha sori geng.Aku dah offer nak gi sana depa lak tamau.
Oh ya, sebut saja BB..aku dah terbayang-bayang Yong Tau Foo lidi a.k.a pugheh...
Assignment hari2 buat tapi tak siap2 lagi,movie aku baru layan 20 minit dan fesbuk kesayangan terpaksa ditinggalkan demi kebajikan rakan-rakan seperjuangan. Sampai saja disana aku terus park unicorn silver aku berdekatan kedai Yong Tau Foo untuk memudahkan urusan jual beli dan melahap. Malangnya aku mendapat panggilan mengatakan brader-brader kita tadi tu dah pegi men kuda kat equestrian park kat bukit kiara.haahaha.
Berbalik kepada topik Yong Tau Foo tadi, aku membandingkan dalam benak kepala otak aku..Yong Tau Foo lidi cucuk2 dengan Lok Cin Thailand punya mana berbaloi lagi. Berlandaskan konsep yang berbeza..kalau Yong Tau Foo direbus..Lok Cin lak dibakar.. Dari segi  harga lak Lok Cin Rm1.50..besaq lak tu. yang ni RM1 tapi alahh..kecikk. So pendapat aku Lok Cin lagi berbaloi-baloi. Pekena 3 cucuk saja dah cukup untuk perut bekapasiti sederhana cam aku.hehh.
Sementara tunggu depa sampai..makan dulu la apa lgi.. aku nak makannnn!!


                                                   Yong Tau Foo cucuk2 / lidi
Sedikit sebanyak pasai Lok Chin menurut pengkaji dan peneroka makanan partime......
http://peristiwasemalam.blogspot.com/2010/01/lawatan-sambil-belajar-padang-besar.html
~~GONG XI FA CHOI TO ALL CHINESE~~ 




Tuesday, February 9, 2010

Tol percuma, diskaun!

*Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak, Lebuh Raya Pantai Timur (Fasa 1) tiada bayaran tol pada 11 Februari dan 15 Februari pukul 11.30 malam hingga 4.30 pagi.
* PLUS Expressways pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menawarkan diskaun 20 peratus, 12 tengah malam hingga 7 pagi dari 10 hingga 19 Februari.
* 15 lebuh raya lagi menawarkan diskaun tol antara lima hingga 20 peratus pada 14 Februari. 10 lebuh raya menawarkan diskaun pada 14 Februari bermula dari pukul 12.01 tengah malam hingga 12 tengah hari. -utusan

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/tolls/Article

Berhati-hati di jalan raya..Selamat memandu..ingatlah org2 yang tersayang mahu pun yang anda tak sayangi sekalipun..

Friday, February 5, 2010

Adnan Sempit



Sekian lama tak mengikuti wayang, petang tadi sempat mencuri sedikit waktu p tengok wayang..Dah lama tak tengok..atas faktor kesibukan masa dan juga faktor lokasi.

Mula ditayangkan 14 Jan 2010.. Filem komedi lakonan Shaheizy Sam, Intan Ladyana arahan Ahmad Idham ni memang boleh tahan. Satu perkembangan positif apabila filem ini telah mencapai kutipan 500k pada hari pertama tayangan bersamaan 611,119 penonton..Tak mustahil filem ni leh capai target dia. 1juta penonton.

[http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MeAdnanSempitkejarsejutapenonton/Article]

Filem ni bagi aku lawak dan tak mengantuk. Selalu kalau aku masuk pawagam mesti ngantuknya sebab gelap.Haha. Tapi kalau ada Pie dalam cerita ni lagi lawak. Apa-apa pun tahniah untuk warga Adnan Sempit. Juga tahniah untuk para penonton yang mula mempercayai filem tempatan. Macamni baru lah 1Malaysia..

Rate untuk filem ni 3.59 dari 5.00 bintang

Thursday, February 4, 2010

ERL Free. Hampa Cepat Hampa Dapat!

KUALA LUMPUR: Sempena menyambut ulang tahun kelapan, Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengagihkan 888 tiket percuma dari Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) bagi perjalanan sehala dari 6 hingga 28 Februari ini sempena Tahun Baru Cina dan kempen Selamat Balik Kampung.

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor, berkata tiket terbabit mula diedarkan semalam dan mereka yang berminat boleh mendapatkannya di kaunter ERL di KL Sentral berdasarkan siapa cepat dia dapat.


Beliau berkata, tiket tren KLIA Ekspres dan KLIA Transit mula diagih selama dua jam dari jam 10.30 pagi semalam di kaunter pendaftaran ERL dan boleh juga didapati dengan melayari laman web www.KLIAeskpres.com. -metro

Wednesday, February 3, 2010

Nasib Ku

Tepat jam 8.00 malam semalam.maka selesailah sudah kelas yang dihentikan serta merta setelah semua student takleh blah lagi. Lantas dengan itu classmate2 aku cabut hilang bak halilintar memanah pokok kelapa. Pelik gak aku depa ni. Kalut nak p mana tah. Tadi dalam kelas siap dapat "wahyu" lagi. Selesai solat maghrib. Aku dan rakan2 Apiz dan Khairi(bukan nama sebenar) membuat keputusan drastik untuk singgah di gerai kg baru untuk mengembalikan keboroyan perut masing2.namun ketikaku turun dengan semangatnya ke parkir motosikal..pihak pengurusan parking meninggalkan notis.Last Warning..kerana dek sikap acuh tak acuhku meletak motosikal umpama singgah menyantap di warung roti canai.namun tika saat itu.. satu lagi benda helmet kura2 ku hilangg!arghh..


Esoknya pula di pagi hari 03/feb/2010 aku dengan yakinnya melangkah ke parking moto hostel blok 10(sebelah stadium hoki DBKL).sedikit bnyk pasai hostel blok 10 ni menurut khabar angin yang tidak ketahui sumber dan kesahihan merupakan bekas asrama yang "keras" yang dahulu kalanya pernah menjadi kediaman siswi. tapi alhamdulillah stakat sebulan aku duduk sini semuanya ok lagi.ya berbalik kepada parking moto tadi..aku memerhatikan stiker rempit kat moto yamaha ego sbelah..cantik gak.teringat balik masa stiker aku hilang dulu masa post moto guna skynet kat pndn indah.stiker pun nak curi ka.brapa duet la sangat stiker tu.kalau curi helmet kura aku pun kira ok lagi la.iskk..tiba2 dada ku bedegup kencang.something wrongg..yaa..ku toleh ke depan,blakang, kiri dan kanan..fulaweii mmg terer aa penyamunn!respek aa lu.. kali ini stiker aku ilang satu lgi.Hampehh!!! sayang woo..aku pakai stiker ni dari zaman moto aku edisi kuning EK lagi..kaler ja la EK. nak pakai kereta tak mampu lak kan.tapi bila difikirkan balik.biarlah..mungkin rezeki mereka. Tuah ayam di kaki..tuah manusia siapa yang tahu..



Gambar ni di ambil pada 10 Jun 2007.